Mengenai Cikgu Razif

Cikgu Razif merupakan pengasas kepada projek cikgusiber.com. Selain gemar berkongsi kemahiran teknologi digital terkini dalam pendidikan, beliau juga seorang yang gemarkan cabaran-cabaran baharu dalam kerjaya.

Antaranya beliau pernah menyertai hackathon, terlibat dalam kegiatan sukarelawan Pertahanan Awam, menubuhkan dan melatih pasukan silat dan pelbagai lagi.

Beliau memulakan kerjaya di SMK Sultan Tajul Ariffin dan kemudiannya ke The Malay College Kuala Kangsar sebelum menyambung pelajaran sepenuh masa di Univeristi Sains Malaysia dalam bidang Teknologi Pendidikan & Multimedia.

Antara pencapaian yang bermakna dalam hidup beliau adalah apabila memenangi tempat pertama dalam 2017 KL Edutech Startup Weekend.

Ikuti Cikgu Razif di Facebook