Bill Gates mengumumkan 10 finalis The Global Teacher Prize 2018

Tahniah kepada Cikgu K.A. Razhiyah dari SK Panji, Kelantan yang telah tersenarai sebagai TOP 50 The Global Teacher Prize 2018.

Hari ini telah diumumkan senarai 10 finalis untuk anugerah berprestij dalam bidang pendidikan ini. Menariknya, pengumuman finalis dilakukan penuh dengan kejutan.

Jika tahun lepas pengumuman finalis dilakukan oleh presiden Bank Dunia dan pengumuman pemenang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), tahun ini pengumuman finalis dilakukan oleh tokoh digital yang tidak asing lagi, Bill Gates.

The Global Teacher Prize 2018 merupakan anugerah tahunan kepada para pendidik seluruh dunia dengan tawaran hadiah USD 1 juta. Ini merupakan tahun keempat penganjurannya.

The Global Teacher Prize dianjurkan oleh Varkey Foundation dibawah kelolaan HH Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden yang juga Perdana Menteri UAE.

Ianya mengiktiraf para pendidik yang secara inovatif membimbing pelajar, memberi impak yang signifikan kepada pencapaian pelajar, mendidik mereka menjadi masyarakat global serta memberi inspirasi kepada rakan-rakan guru lain menerusi penyebarluasan ilmu dan kemahiran.

Dalam pertandingan sebegini, saya mencadangkan pihak kementerian mengenalpasti kisah para guru yang boleh dibawa kehadapan.

Ini kerana, mungkin ada pendidik Malaysia melakukan transformasi yang lebih besar daripada senarai 10 finalis tadi, namun kisah mereka tidak diketahui.

Adapun pendidik yang cuba mendaftar penyertaan sendiri, namun mereka tidak pandai mengolah penceritaan untuk menarik minat panel juri.

Satu jawatankuasa peringkat kementerian perlu ditubuhkan untuk mengangkat imej perguruan Malaysia dengan mengenalpasti guru terbaik Malaysia lantas membantu mereka dalam pencalonan.

Khidmat rundingan perlu diberikan untuk membantu mereka melakukan pendaftaran penyertaan agar menepati maksud kriteria penjurian.

Saya percaya terdapat begitu ramai guru transformasi Malaysia yang boleh menjadi satu kisah hebat dunia.

Selagi mereka tidak diangkat selama-lamanya mereka hanya menjadi ‘hero yang tidak didendang’.

Lihat info 10 pendidik terbaik dunia 2018

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.