Saya mengikuti perkembangan Microsoft Teams setelah Microsoft Classroom mula diperlihatkan kepada umum pada April 2017. Kemudiannya, tanpa memberi sebab-sebab tertentu Microsoft mengumumkan projek Classroom dibatalkan.
Rupa-rupanya Microsoft sedang membangunkan satu produk baharu iaitu aplikasi untuk tujuan kolaborasi berkumpulan yang mana segala ciri-ciri pembelajaran yang ditunjukkan pada Microsoft Classroom sebelum ini digabungkan bersama.
Bagi yang baru mengenali Microsoft Teams, ia merupakan aplikasi komunikasi kumpulan kerja yang boleh berperanan sebagai sebuah platfom Learning Management System (LMS) yang lengkap untuk tujuan pembelajaran.
Secara peribadi saya sifatkan Teams sebagai jawapan Microsoft kepada Google Classroom. Ianya merupakan satu produk yang melengkapi ekosistem teknologi pembelajaran Microsoft dengan pelbagai ciri-ciri menarik.
Justin Chando, ketua prinsipal bagi produk di Microsoft Education pada 30 Januari lalu berkongsi 13 kemaskinian baharu sempena acara teknologi pendidikan anjuran mereka, BETT 2019.
Hari ini Microsoft Education menerusi ciapan di Twitter sekali lagi berkongsi pautan tersebut yang memaparkan penawaran kemaskini baharu seperti ciri pengredan, ‘turn in’ tugasan, integrasi dengan aplikasi pihak ketiga dan sebagainya. Mari kita lihat.
Thanks to all the rockstar 🤩 educators in our community and their amazing feedback, we're excited to share 1️⃣3️⃣ #MicrosoftTeams updates that will transform your classroom! Here are the 🛠🛠 you have to look forward to: https://t.co/ZYeyPU8nAy #StudentVoice pic.twitter.com/xHLmk3Zjzl
— Microsoft Education (@MicrosoftEDU) March 7, 2019
Kenali Microsoft Teams
Comments have been closed/disabled for this content.