14 sekolah menggalas cabaran Toyota Eco Youth 2016

Pada 22-25 Februari 2016 berlangsungnya sesi bengkel dan pelancaran cabaran Toyota Eco Youth (TEY) 2016 di Concorde Hotel, Shah Alam anjuran UMW Toyota Motor. Sebanyak 14 buah sekolah telah terpilih bersaing sesama mereka untuk bergelar pasukan terbaik dengan modal teroka sebanyak RM2000. Keenam-enam pelajar pilihan akan menentukan projek eko-komuniti mereka dengan tema “Solid Waste Management”.
Toyota Eco Youth merupakan satu cabaran berprestij tinggi yang memerlukan pelajar membentuk pasukan dengan pelbagai kemahiran dan seterusnya menjalankan aktiviti sepanjang tahun sehingga sesi pembentangan kumpulan serta pameran yang berlangsung pada Oktober kelak. Toyota Eco Youth juga boleh dijana kepada skala yang begitu besar sehingga memberi impak yang maksima kepada komuniti setempat.

Sebagai contoh, SMK Tenghilan Tuaran Sabah yang merupakan pasukan terbaik pada edisi 2015, telah berjaya membuktikan kehebatan projek terowong hijau mereka kepada masyarakat sehingga telah mendapat pembiayaan serta tajaan sebanyak lebih RM400,000 dari pelbagai pihak. Mereka juga mengungguli pertandingan peringkat antarabangsa apabila mewakili Malaysia dalam salah sebuah pertandingan bertemakan kelestarian alam sekitar pada awal 2016. Kejayaan mereka mendapat liputan daripada pelbagai media seterusnya mempromosikan nama SMK Tenghilan di persada dunia.

Senarai peserta TEY 2016
1. SMK Taman Kenari, Kulim, Kedah
2. SMK Infant Jesus Convent, Melaka
3. SMK Bukit Mewah, Seremban, NS
4. SMK Seri Pagi, Sermban, NS
5. SMK PPP Tun Abdul Razak, Jerantut, Pahang
6. SMJK Yuk Choy, Ipoh, Perak
7. SMK Dato’ Idris, Pantai Remis, Perak
8. The Malay College Kuala Kangsar, Perak
9. SMK Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang
10. SMS Kepala Batas, Pulau Pinang
11. SMK Putrajaya Presint 16 (1), Putrajaya
12. SMK Muhibbah, Sandakan, Sarawak
13. SMK Kidurong, Bintulu, Serawak
14. SMK Taman Melawati, Selangor

Kepada kesemua peserta selamat berjuang dalam usaha mempromosi kelestarian alam sekitar lantas menyahut cabaran yang telah diberikan.

Layari http://www.toyotaecoyouth.com.my/

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.