Terokai idea luarbiasa manusia di TED – Ideas worth spreading

Pada penghujung 2012, TED  mengumumkan video di laman web mereka mereka telah ditonton oleh 1 billion penduduk dunia. Apa itu TED?. Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini.

TED bukanlah jenama baru, ianya wujud sejak 1984 lagi. Produk kelahiran Silicon Valley ini menawarkan perkongsian ilmu yang matang dari tokoh-tokoh terkemuka dunia dalam pelbagai bidang.

TED merupakan persidangan global dianjurkan oleh Sapling Foundation memberi fokus kepada rangkuman yang luas berkaitan kajian tertentu, disiplin sains dan budaya melalui perkongsian di pentas.

Ianya akan dipancarkan secara live streaming semasa persidangan tahunannya dan anda boleh mengikuti video rakaman di laman web mereka. Mereka memperuntukan adalah kira-kira 18 minit bagi setiap pembentang.

TED pernah membawakan nama-nama besar seperti Bill Clinton, Jane Goodall, Malcolm Gladwell, Al Gore, Gordon Brown, Richard Dawkins, Richard Stallman, Bill Gates, Bono, Mike Rowe, Larry Page and Sergey Brin dan ramai pemenang-pemenang hadiah novel.

Dengan slogan ‘Ideas Worth Spreading’ TED akan terus memberi komitmen dalam perkongsian pengetahuan merentasi sempadan negara dan fahaman politik.

Terokai idea luar biasa di TED

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.