2018 – Adakah blog masih relevan?

Ini merupakan catatan saya yang ke-241 setelah memulakan aktiviti perkongsian menerusi blog sejak awal 2015.

Blog cikgusiber.com (yang dahulunya dikenali sebagai bestariPROJECT) telah diiktiraf sebagai blog pendidikan tiga terbaik kebangsaan tahun 2015.

Sepanjang 4 tahun, menjadi seorang penulis blog sebagai aktiviti sampingan mengundang cabaran tersendiri.

Sepertimana rakan-rakan blogger yang lain, faktor komitmen masa merupakan satu ujian berat yang perlu dihadapi.

Bagi menerbitkan satu kandungan yang berkualiti, saya terpaksa membelanja masa selama hampir seharian untuk membuat kajian serta melakukan sedikit pembacaan.

Proses seterusnya, saya akan mula mengarang draf, memilih dan mereka bentuk grafik serta melakukan kerja-kerja akhir penerbitan seperti semakan bahasa dan sebagainya.

Berapa catatan perkongsian oleh seseorang blogger dari kalangan pendidik?

Seorang rakan bertanyakan saya sebagai pendidik berapa kerap beliau harus menulis di blog.

Bagi saya, jika anda mampu menulis 2 catatan dalam masa sebulan, secara konsisten, ianya sudah memadai.

Dalam setahun anda berkongsi 24 catatan. Jika ada 100 guru seperti anda, 2400 catatan ilmu tersebar.

Kata kunci disini adalah ‘konsisten’.

Blog masih relevan?

Dalam era media sosial mendominasi cara manusia berkomunikasi, wujud persoalan tertentu. Tahun 2018, adakah blog masih lagi relevan?

Secara peribadi, sebagai seorang pendidik advokasi, blog merupakan satu alat yang wajib dimiliki selain akaun media sosial.

Blog akan berfungsi sebagai satu jurnal, portfolio dan galeri bagi anda. Ia juga memudahkan khalayak mengenali anda.

Untuk imej yang profesional, saya mencadangkan anda mendaftarkan blog dengan nama domain ada sendiri seperti www.namaanda.com.

Blog masih lagi cara yang murah, mudah, pantas dan berkesan sebagai platform perkongsian.

Walaupun kita hidup di tahun 2018, manusia masih lagi membaca serta mencari bahan menerusi Google. Ini terbukti menerusi data analitik yang kami miliki.

Blog mempunyai peranan tersendiri dalam dunia maklumat tanpa sempadan.

Malah, dalam era pendidikan pada fasa peralihan kepada Revolusi Perindustrian 4.0, wadah blog menjadi semakin penting.

Jemputan untuk menulis di cikgusiber.com

Kami di cikgusiber.com memahami para pendidik begitu sibuk untuk membina dan mengurus blog sendiri.

Oleh itu, kami menyediakan ruang untuk sesiapa sahaja untuk berkongsi ilmu, kemahiran, pengalaman serta amalan terbaik – bertemakan teknologi dalam pendidikan.

Satu akaun penulis tamu akan diwujudkan atas nama anda disini selain satu laman profail khas akan dibina untuk anda.

Kalau nak sijil sumbangan pun boleh kami bagi. Dengan syarat anda telah buat 5 catatan perkongsian setahun di sini.

Emelkan permohonan ada berserta profail serta bahan perkongsian pertama ke razif[at]cikgusiber.com

Komuniti My Edublog

Kami juga mengendalikan satu inisiatif untuk menghimpunkan para blogger pendidikan Malaysia.

Para blogger pendidikan dalam satu bengkel penulisan oleh sifu Zamri Mohamad

Pelbagai aktiviti akan dianjurkan untuk meningkat kemahiran para penulis blogger dari kalangan pendidik.

Sumber grafik: Freepik

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.