Sertai siri ke-2 ‘Apple Professional Learning’ mulai 15 hingga 28 April, jam 2.30 petang

Esok bermulanya sambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3 bermula dari 15 hingga 28 April 2020. Semoga pendemik COVID-19 cepat reda.

Komuniti pendidik Apple dalam kempen #dudukdiamdiam #stayathome ini sangat aktif dengan pelbagai latihan dalam talian setiap hari bermula dari hari pertama PKP lagi.

Esok, pasukan Apple Professional Learning (APL) yang terdiri daripada barisan guru serta pensyarah akan memulakan siri baharu dengan tema yang berbeza dari siri sebelumnya.

Saya sendiri akan mengambil slot pada hari ke-29 bersama Cikgu El Gamillo membincangkan mengenai salah satu konsep dalam pendidikan Kewarganegaraan Digital dalam pembelajaran dalam talian.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menyertai kumpulan Telegram ATC atau kumpulan Facebook APL. Anda juga boleh menyimpan maklumat ini dalam kalendar menerusi pautan ini.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.