5 langkah memulakan saluran Youtube untuk pendidikan

Youtube terkenal sebagai satu sumber pembelajaran penting. Dahulu, pernah seorang rakan mengatakan fungsi baharu video di Facebook akan membunuh Youtube kelak. Sebenarnya TIDAK.

Social Media Examiner dalam laporannya berjudul ‘Why We Abandoned Facebook Video Longer Than Two Minutes’ merumuskan yang mana kandungan berbentuk ilmiah yang panjang tidak sesuai disiarkan di Facebook.

Ini kerana berdasarkan pengalaman mereka yang menyiarkan kandungan seperti dokumentasi pendek bersiri dan sebagainya di pelbagai platform media sosial, mendapati khalayak di Facebook kerap meninggalkan kandungan Facebook setelah 60 saat.

Ianya berbeza dengan khalayak di Youtube yang mempunyai ‘penonton sebenar’ apabila menonton kandungan sehingga tamat. Video di Facebook walaupun dari segi statistik capainya agak cantik, namun itulah yang berlaku.

Michael Stelzner, ketua operasinya menganggap Facebook sebagai satu lebuhraya. Pengguna tidak akan berhenti terlalu lama untuk sesuatu kandungan yang terlalu panjang.

Oleh itu, berdasarkan pendedahan ini, bagi saya Youtube merupakan satu platform yang kekal relevan untuk sebarang perkongsian kandungan berbentuk pendidikan yang lazimnya melibatkan durasi persembahan yang lebih lama.

Saluran Youtube pendidik-pendidik Malaysia

Saya semalam bertanyakan kepada para rakan blogger di komuniti My EduBlog mengenai saluran guru-guru yang mereka kenali bergiat aktif menghasilkan kandungan di Youtube.

Tujuannya untuk saya kongsikan produksi mereka di blog ini dalam catatan bertajuk ‘12 guru youtuber Malaysia’.

Sebelum ini, saya hanya mengenali saluran Cikgu Hailmi dan Cikgu Romie yang begitu rajin berkongsi pengalaman serta kandungan tutorial bercorak pendidikan. Mereka mempunyai kumpulan sasaran tersendiri dengan tema yang berbeza.

Berdasarkan saranan seorang ahli, saya mencari nama para pendidik yang disenaraikan. Selain itu, saya juga cuba mengesan pendidik-pendidik lain dengan menggunakan kata kunci tertentu.

Nampaknya, setelah pencarian, saya mendapati kandungan pendidikan yang dihasilkan oleh para pendidik kita tidaklah begitu banyak. Adapun yang wujud, tidaklah begitu aktif.

Keadaan ini kerana mungkin atas faktor komitmen masa kerana proses penghasilkan kandungan video mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ia juga memerlukan sedikit kemahiran dan juga bakat.

5 langkah memulakan saluran Youtube

Saya melihat Youtube merupakan satu platform terbaik untuk para pendidik berkongsi kandungan-kandungan pendidikan bercorak tempatan menerusi penerbitan video.

Video anda terbitkan nanti bakal dimanfaatkan oleh jutaan pelajar atau mungkin guru di seluruh negara. Kadar kelajuan data serta akses Internet yang semakin baik menjadikan usaha anda mempunyai potensi yang besar untuk berkembang.

Bagi pendidik yang mempunyai kesungguhan, bakat serta masa untuk berkongsi menerusi saluran Youtube ialah waktunya. Namun, bagaimana untuk anda bermula?

Youtube Creators dari Youtube menerusi Creator Academy berkongsi kepada anda 5 langkah untuk anda memulakan saluran pendidikan bertemakan pendidikan. Mari kita saksikan.

Sumber: Youtube Creators

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.