6 aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak sepanjang cuti sekolah

Yeayyy, cuti sekolah kembali lagi.

Sudah tentu tempoh masa yang panjang ini membuatkan anda sebagai ibu bapa tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk anak anda.

Berikut saya senaraikan 6 aktiviti pembelajaran bertemakan digital dan kreativity yang boleh dilakukan bersama anak anda.

1. Buat video percutian

Sudah tentu ada ibu bapa yang merancang untuk melancong ke tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara.

Apa kata berikan tugasan kepada anak untuk membuat rakaman video log sepanjang percutian.

Seterusnya mereka perlu menyunting rakaman tersebut untuk dijadikan satu video kenangan  percutian anda sekeluarga selain boleh juga boleh berkongsi di media sosial.

2. Belajar koding & robotik

Banyak bengkel bertemakan teknologi digital ditawarkan sepanjang cuti sekolah.

Antaranya bengkel anjuran MDEC dan sebagainya menerusi program #mydigitalmaker ini.

Anda juga boleh mendapatkan kit robotik atau kit kawalan sendiri untuk anda dan anak anda terokai bersama.

3. Belajar kraf & origami

Di Youtube terdapat pelbagai tutorial dan panduan untuk seni kraf dan origami. Seterusnya, dapatkan bahan-bahan yang dicadangkan.

Terdapat juga pelbagai app yang ditawarkan untuk tujuan tersebut di App Store dan Play Store.

Aktiviti kraf dan origami amat menyeronokan. Namun, berhati-hati jika anak anda menggunakan gunting atau peralatan tajam.

4. Bermain permainan komputer

Bermain permainan komputer sebenarnya bagus untuk merangsang sel motor kognitif anak-anak disamping menerapkan kemahiran penyelesaian masalah.

Ibu bapa perlu berperanan memilih permainan yang bersesuaian serta mendisiplinkan mereka dengan masa.

Permainan komputer boleh dimainkan di konsol, PC ataupun peranti pintar. Bermain bersama anak-anak juga dapat mengeratkan hubungan.

5. Layan dokumentari di Netflix

Jika anda mempunyai TV pintar, jadikan aktiviti menonton dokumentari di Netflix sebagai satu aktiviti pembelajaran yang bermakna.

Netflix mempunyai kandungan yang baik dan berkualiti untuk kategori dokumentari. Siap sedia dengan pelbagai jawapan kepada persoalan yang mereka akan utarakan nanti.

Netflix juga boleh dilayari menerusi PC, tablet PC dan sebarang peranti pintar. Tempoh sebulan perkhidmatan secara percuma oleh Netfix mencukupi untuk tempoh sebulan cuti persekolahan.

6. ‘Blogging’

Sepanjang tempoh cuti, anda boleh membimbing anak anda untuk menghasilkan satu blog sendiri.

Mungkin anak anda boleh berkongsi sebarang topik yang mereka minati. Seterusnya galakkan mereka berkongsi sebarang hasil penerokaan mereka.

Bagi anak anda yang berada di peringkat menengah, galakkan mereka berkongsi menggunakan Bahasa Inggeris juga. Projek penerbitan web ini dapat melatih mereka untuk menulis dengan lebih yakin.

Apa pula aktiviti anda sepanjang cuti? Tinggalkan idea anda pada rungan komen dibawah.

Ikuti saluran Telegram kami untuk perkongsian setiap hari mengenai teknologi dan pendidikan.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.