6 aplikasi alternatif PowerPoint untuk persembahan slaid

Microsoft PowerPoint merupakan satu perisian aplikasi popular untuk persembahan slaid. Ianya dilancarkan pada tanggal 22 Mei 1990, iaitu kira-kira 27 tahun yang lalu.

Powerpoint versi terkini menawarkan pelbagai fungsi terkini yang menarik.

Namun, bagi sesetengah orang, PowerPoint tetap ‘PowerPoint’ 😋. Mereka mahu menerokai sesuatu yang baru.

Jika anda mahukan kelainan, kami bawakan kepada anda 6 alternatif aplikasi pembinaan persembahan slaid penganti PowerPoint. 😃

1. Google Slides

Google Slides merupakan tawaran terbaik Google bersama Google Docs dan Google Sheets dengan sokongan Google Drive.

Aplikasi percuma berasaskan awan (cloud) ini begitu ringkas, pantas dan mudah digunakan. Ianya diintergrasi dengan baik jika anda menggunakan aplikasi pengurusan pembelajaran Google Classroom.

Jika anda mencari satu aplikasi untuk suntingan secara kolaborasi berkumpulan, Google Slides adalah jawapannya.

Terokai Google Slides

2. Apple Keynote

Apple Keynote merupakan satu aplikasi percuma untuk pengguna produk Apple.

Aplikasi ini membawa keunikan tersendiri dengan ciri-ciri tambahan serta antaramuka yang selari dengan aplikasi pejabat lain dalam pakej iWork.

Antara yang menarik adalah fungsi Keynote Live serta beberapa fungsi untuk memanipulasi grafik dan animasi seperti Instant Alpha, Magic Move dan beberapa lagi.

Apple Keynote juga boleh diakses menerusi iCloud menerusi aplikasi berasaskan web walaupun anda tiada sebarang peranti Apple.

Terokai Keynote

3. Prezi

Prezi merupakan aplikasi yang menyediakan fungsi transaksi slaid yang begitu mengagumkan serta mampu memberi elemen ‘Wow!’ dalam persembahan anda.

Ianya umpama satu kanvas besar yang anda boleh zoom masuk dan zoom keluar. Namun, anda memerlukan sedikit kemahiran untuk menguasai proses penyuntingannya.

Mereka menawarkan pekej harga USD5/bulan untuk anda para pendidik menikmati beberapa ciri tambahan seperti ciri aplikasi offline, eksport kepada PDF dan pelbagai lagi.

Terokai Prezi

4. Haiku Deck

Saya mencuba Haiku Deck menerusi aplikasi app di iPad Pro serta aplikasi web menerusi web browser.

Apa yang menariknya saya tidak perlu lagi mencari gambar atau grafik di Google Search. Stok imej yang disediakan cukup banyak untuk anda menghasilkan persembahan yang menarik.

Mereka menawarkan lebih 40 juta gambar stok secara percuma menerusi perlesenan Common Creative (CC).

Terokai Haiku Deck

5. SlideDog

SlideDog merupakan satu inovasi yang saya sifatkan amat menarik dan ‘segar’.

Ianya menyediakan fungsi live sharing seumpama Keynote Live. Anda juga boleh memasukkan unsur interaktiviti seperti tinjauan ringkas atau poll secara real-time.

Namun, untuk menikmati ciri-ciri menarik ini anda perlu melakukan sedikit pelaburan dengan melanggan versi premium.

Terokai SlideDog

6. LibreOffice Impress

LibreOffice merupakan pakej aplikasi pejabat dibangunkan menerusi kod sumber terbuka.

Ianya ditawarkan secara percuma dan boleh didapati dalam platform Linux, Windows, macOS dan aplikasi berasaskan web.

Empat kata kunci dgunakan pembangun untuk merujuk kepada versi terbaharu mereka LibreOffice 6.0 – Power, Simplicity, Security dan Interoperability.

Terokai LibreOffice Impress

BONUS!

 😃😃😃

7. Powtoon

Jika anda mempunyai banyak masa untuk menerokai perkara baharu, cubalah Powtoon.

Powtoon menggabungkan slaid animasi dan anda boleh menerbitkannya sebagai video.

Tiada idea untuk bermula, guna sahaja koleksi puluhan templat yang disediakan.

Terokai Powtoon

8. Curator

Curator merupakan satu aplikasi kurasi kandungan yang boleh digunakan sebagai slaid persembahan.

Menariknya ianya amat ringkas dan anda boleh memautkan laman web terus pada kanvas.

Ianya amat sesuai jika anda ingin mempersembahkan koleksi gambar dan laman web kepada audien.

Terokai Curator

9. Adobe Spark Page

Adobe banyak menghasilkan aplikasi pintar menerusi jenama Adobe Spark.

Adobe Spark Page merupakan satu aplikasi yang didedikasikan untuk membina laman web.

Namun, anda juga boleh menggunakan Spark Page secara kreatif sebagai sebuah persembahan slaid yang menarik.

Layari Adobe Spark Page

Kongsikan aplikasi lain yang anda gunakan untuk menghasilkan persembahan slaid pada ruangan komen di bawah. 🤓

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.