6 app percuma dari Apple yang harus dicuba bagi pengguna iPhone atau iPad

Hello, salam sejahtera semua. Maaf agak lama menyepi. Nampakkan kesibukan bulan pertama di sekolah baharu setelah tamat cuti belajar membataskan saya untuk menulis disini. Dalam kesibukan ini, sempat juga saya mengendalikan 2 siri bengkel Everyone Can Create bersama rakan yang memberi fokus kepada penggunaan app-app kreatif daripada Apple.

App kreatif daripada Apple? Yaa.. Apple sebenarnya banyak membangunkan app-app untuk produktiviti dan kreativiti. Baik, catatan kali ni saya nak berkongsi mengenai enam app yang oosemm gila yang mungkin anda tidak sedar kewujudannya pada peranti berjenama Apple. App-app ini ditawarkan secara percuma pada peranti yang menjalankan iOS atau iPadOS.

Sebelum tu catatan kali ni ditujukan kepada pengguna-pengguna iPhone dan juga iPad sahaja. Jadi, apakah app-app itu? Teruskan pembacaan anda.

1. GarageBand

Saya meletakan GarageBand ditempat pertama kerana app kreativiti ini sangat menarik untuk dicuba oleh semua orang. Serius, anda tidak perlu memiliki kemahiran muzik yang bagus pun untuk menggunakannya. Cukuplah dengan deria pendengaran serta bakat terpendam anda. Cuba sendiri ‘Live Loops‘ pada aplikasi ini atau fungsi pintar bagi instrumen utama seperti ‘Smart Piano‘, ‘Smart Guitar‘, ‘Smart Drums‘ dan banyak lagi. Nak belajar dengan lebih mendalam? Dapatkan buku percuma ini dari Apple Books.

‘Live Loops’ pada aplikasi GarageBand
Muat turun GarageBand

2. iMovie

iMovie merupakan aplikasi penyuntingan video yang sangat mudah digunakan. Selain fungsi asas suntingan video, anda boleh menerokai iMovie secara kreatif dengan melakukan teknik chroma key menggunakan layar hijau (green screen). Terokai juga fungsi ‘Trailer‘ untuk anda menghasilkan trailer mengenai kehidupan anda atau acara yang anda sertai. Terkini, iMovie telah menambah berbagai muzik tema baharu yang menarik untuk anda gunakan sebagai muzik latar.

Trailer – salah satu fungsi suntingan mudah pada iMovie
Muat turun iMovie

3. Keynote

Dengan Keynote anda boleh melupakan PowerPoint. Keynote mempunyai fungsi animasi dan lakaran yang sangat menarik. Dengan Keynote juga anda boleh menghasilkan video montaj yang hebat. Fungsi ‘Shape’ menawarkan stok shape yang amat banyak. Anda tidak perlu lagi anda mencari di Google Images. ‘Transation’ yang disediakan juga amat menarik dan berkualiti tinggi. Jujur saya katakan, Keynote menjadikan aplikasi seperti Microsoft PowerPoint dan Google Slides begitu membosankan.

Ciri-ciri lakaran dan animasi pada Keynote sangat mudah digunakan – Kredit kepada Helmi Norman
Muat turun Keynote

4. Pages

Boleh dikatakan Pages merupakan alternatif Words. Namun, ada beberapa ciri yang membezakan kedua-dua aplikasi ini. Saya mengemari fungsi ‘Smart Annotation‘ yang ada padanya. Selain itu, anda boleh menggunakan Pages untuk menghasilkan buku digital dalam bentuk ePub dengan mudah. Nak tahu dengan lebih lanjut kena masuk kelas saya nanti. Haha. Sepertimana juga Keynote, Pages boleh membaca fail daripada aplikasi Microsoft Office serta boleh mengeksportnya kembali.

Buku digital yang saya hasilkan menggunakan Pages
Muat turun Pages

5. Clips

Anak muda atau jika anda sudah berumur tetapi berjiwa muda sudah tentu akan menyukai app ini. App ini ditujukan untuk anda menghasilkan video klip untuk perkongsian di media sosial. App ini membolehkan anda menghasilkan video dengan format square serta membolehkan anda melakukan rakaman menerusi kamera atau galeri, memasukkan kesan penurasan serta meletakkan dekorasi seperti teks, imej, animasi dan emoji.

App Clips amat cemerlang pada iPhone atau iPad yang menyokong Face ID
Muat turun Clips

6. Swift Playgrounds 

Sekarang ini sibuk semua orang bercakap mengenai literasi digital serta kepentingan belajar koding. Haa, anak anda atau anda sendiri juga boleh belajar semua tu. Swift Playgrounds menawarkan pembelajaran koding secara permainan dengan cabaran-cabaran tertentu yang akan memahirkan anda dengan konsep-konsep pengaturcaraan. Memperkenalkan inisiatif Everyone Can Code, Swift Playgrounds diberikan secara percuma kepada pengguna iPad sahaja.

App ini menyediakan cabaran secara permainan untuk anda mahir konsep tertentu dalam pengaturcaraan
Muat turun Swift Playgrounds

Dah muat turun semua app-app diatas? Selamat mencuba. Sertai kumpulan telegram ATC iChampion MY untuk mempelajari mengenai pelbagai teknik penggunaan app-app diatas.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.