6 saluran Youtube berkenaan Sains yang harus anda ‘subscribe’ sebagai cikgu Sains

TED-Ed merupakan saluran kegemaran saya untuk melihat apa perkara yang menakjubkan mengenai dunia sains. Terdapat begitu banyak saluran bertemakan sains di Youtube untuk anda terokai.

Saya senaraikan 6 saluran yang mungkin dapat membantu anda menambah pengetahuan dengan cara yang santai dan menghiburkan.

1.  SciShow

SciShow memberi fokus kepada berita penemuan terkini, sejarah serta konsep disebalik sains. Matlamat mereka adalah untuk merakam kehebatan alam semesta yang disifatkan pelik dan menjelaskannya dalam bentuk yang mudah difahami serta menyeronokkan.

Dihoskan oleh Han Green, mereka kini menawarkan 4 saluran pembelajaran sains di Youtube iaitu SciShowSciShow Space,  SciShow Kids dan SciShow Psych.

Langgan/ikutiSciShow

2. TED-Ed

TED terkenal dengan perkongsian idea luarbiasa serta penemuan terkini dan sensasi dunia Sains. Saya sendiri melanggan sisipan newsletter bertemakan Sains menerusi salah satu sub bagi TED untuk pendidikan iaitu TED-Ed untuk mengetahui perkara-perkara baharu dunia sains.

TED-Ed hadir dengan kandungan yang berkualiti serta animasi yang sangat menarik untuk membentuk pemahaman yang jelas. TED Ed menawarkan bukan sahaja video bertemakan sains. Ianya juga meliputi kandungan dari pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Langgan/ikuti TED-Ed

3. AsapSCIENCE

AsapSCIENCE mencatatkan lebih 7 juta langganan di Youtube. Ianya dihoskan oleh pasangan (opps.. pasangan?) Mitchell Moffit dan Gregory Brown. Mereka menggunakan teknik lakaran time-lapse dalam kebanyakkan video yang dihasilkan.

Video dikeluarkan secara mingguan dengan pelbagai isu serta tajuk sensasi dunia sains. Amat sesuai bagi anda yang mahu mendalami ilmu sains dengan hidangan grafik yang kreatif.

Langgan/ikuti AsapSCIENCE

4. MinutePhysics

Menggunakan teknik video yang hampir sama sepertimana AsapSCIENCE, MinutePhysics menawarkan video yang lebih ringkas menerangkan mengenai sesuatu fenomena sains fizikal. 

Mereka pernah muncul dalam portal PBS NewsHourHuffington Post, NBC dan Gizmodo. Video paling popular mereka bertajuk  Immovable Object vs. Unstoppable Force – Which Wins? telah ditonton sebanyak 11 juta kali di Youtube.

Langgan/ikuti MinutePhysics

5. SmarterEveryDay

“Lihat 2 video, jika anda rasa menakjubkan sila subscribe…” kata pemilik saluran ini Destin Sandlin. Destin Sandlin merupakan seorang jurutera earoangkasa yang menjadi personaliti terkenal menerusi saluran Youtube.

Video popular beliau mencatatkan 56 juta tontonan setakat ini. SmarterEveryDay memaparkan penerokaan saintifik kepada apa yang berlaku dalam dunia sekeliling.

Teknik slow-mo camera yang kerap digunakan menjadikan paparan di SmarterEveryDay sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Langgan/ikuti SmartEveryDay

6. Veritasium

Setelah melanggan kelima-lima saluran diatas, rasanya tidak lengkap sekiranya anda tidak mengikuti saluran Veritasium. Ianya memaparkan dokumentari pendek penerokaan sains dan juga sains disebalik kejuruteraan.

Veritasium memaparkan kandungan yang matang dan berkualiti tinggi. Derek Muller menggunakan kemahiran penerbitan filem yang dimiliki untuk menghasilkan produksi yang menarik.

Langgan/ikuti Vilatasium

Keenam-enam saluran tersebut dipilih daripada senarai pendek belasan saluran hasil daripada penerokaan saya di Google dan Youtube. Jika anda ingin berkongsi saluran kegemaran anda, jangan lupa lakukan pada bahagian komen dibawah.

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk like laman Facebook kami.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.