6 saluran Youtube untuk pelajar anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang ‘filmmaker’

Cita-cita saya sewaktu berada di Tingkatan 6 adalah untuk menjadi seorang pengarah filem. 😸

Namun, ibu meminta saya untuk menjadi seorang pendidik. Oleh itu, sewaktu memohon UPU, saya memilih program yang membolehkan saya meneruskan minat saya.

Di USM, saya mengambil jurusan Pendidikan Multimedia Interaktif. Terdapat beberapa semester yang menawarkan kursus mengenai teknik videografi.

Seterusnya, setelah tamat belajar, saya amat bertuah kerana ditempatkan ke satu lokasi yang penduduknya telah biasa dengan kehadiran produksi filem Mamat Khalid.

Manong, Kuala Kangsar merupakan satu tempat yang sangat cantik dengan pelbagai set lokasi yang amat bersesuaian untuk berbagai babak.

Disinilah lokasi pengambaran ‘Hantu Kak Limah’ serta pelbagai lagi produksi filem dan drama.

Kelab Videografi Pelajar

Minat yang mendalam dalam pembikinan karya kreatif menyebabkan saya menubuh sebuah kelab videografi di sekolah lama bersama rakan.  Kelab ini dikenali sebagai SEMESTA STUDIO.

Projek studio pelajar yang dibangunkan bersama pelajar serta beberapa rakan guru yang mempunyai minat yang sama

Sepanjang 5 tahun penubuhan, pelbagai kejayaan dikecapi. Pencapaian terbesar bagi saya adalah pelajar sudah mampu berdikari untuk menghasilkan karya mereka sendiri.

Seringkali saya berpesan kepada para pelajar, belajar untuk menghasilkan video kreatif bukan bertujuan untuk menjadi pengarah filem.

Belajar menghasilkan video atau filem pendek adalah untuk menjadikan anda lebih kreatif. Disamping itu, anda akan akan mempunyai kemahiran untuk mamasarkan jenama menerusi penerbitan video yang berkesan.

Pelajar SEMESTA STUDIO bersedia dengan set untuk sebuah filem pendek fiksyen
Barisan pelajar-pelajar berbakat

Menjadi guru ini merupakan satu kerjaya yang unik. Saya masih boleh lagi menjadi ‘pengarah filem’ seperti cita-cita saya dahulu dan boleh pula melahirkan pelajar bakal pembikin karya-karya kreatif.

Seterusnya, saya akan meneruskan misi untuk terus menghasilkan bakat-bakat kreatif dari kalangan pelajar apabila ditempatkan semula pada September 2019 nanti.

Sebelum itu, masa untuk menabung bagi mendapatkan beberapa peralatan seperti LUMIX GH5 serta beberapa aksesori tambahan rakaman.

Sumber pembelajaran dan inspirasi

Berbalik kepada tajuk, Youtube merupakan tempat terbaik untuk belajar mengenai pembikinan filem.

Saya dan pelajar seringkali mendapatkan rujukan daripada beberapa saluran untuk mendapatkan idea serta penyelesaian teknikal.

Berikut saya senaraikan enam saluran tutorial dan panduan untuk anda dan pelajar anda terokai.

1.  Film Riot

Saya mengikuti Film Riot sejak 2013 lagi. Mereka amat kreatif dalam pembikinan aksesori DIY untuk videografi. Selain itu, mereka juga berkongsi teknik penghasilan filem dengan cara yang menghiburkan. Film Riot merupakan satu saluran yang wajib anda langgan sebagai permulaan.

Langgan saluran Film Riot

2. Fenchel & Janisch

Fenchel & Janisch merupakan studio filem dari Jerman. Berbeza dengan studio komersial lain, mereka berkongsi mengenai ilmu pembikinan filem mereka menerusi Youtube. Fokus mereka lebih kepada teknik menggunakan DSLR. Kandungan yang dipaparkan amat sesuai untuk pelajar anda yang baru ingin bermula.

Langgan saluran Fenchel & Janisch

3. Aputure  

Aputure bermula pada tahun 2005 apabila sekumpulan pembuat filem yang mahu menghasilkan kandungan yang berkualiti, namun mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan peralatan yang mahal. Pasukan Aputure amat pakar dalam hal melibatkan pencahayaan di set sehinggakan mampu menghasilkan kit dengan jenama mereka sendiri dengan harga yang amat berpatutan.

Langgan saluran Aputure

4. Filmmaker IQ  

Mangendalikan peralatan seperti DSLR dan sebagainya memerlukan anda pempunyai kemahiran tertentu. Begitu juga dengan proses penyuntingan menerusi perisian. Filmmaker IQ memaparkan asas dan kemahiran teknikal yang anda perlukan untuk menghasilkan satu karya yang baik.

Langgan saluran Filmmaker IQ

5. Indy Mogul  

Indy Mogul berkongsi mengenai pelbagai teknik dalam pembikinan filem yang boleh anda lakukan sendiri. Ianya amat sesuai bagi anda yang mahu mula menghasilkan karya anda sendiri dengan kesan khas atau teknik solekan tertentu dengan kos yang randah.

Langgan saluran Indy Mogul

6. CineFix  

CineFix merupakan satu sub jenama milik Mashable, sebuah portal media terkenal. Ianya mengkaji dan mengulas teknik-teknik pengambaran yang dilakukan dalam filem-filem di ‘layar perak’ sepanjang zaman.  Saya mencadangkan CinexFix dalam 6 senarai ini untuk pelajar anda mendapatkan inspirasi serta melihat shot-shot sinematografi terbaik.

Jika anda mempunya cadangan saluran lain, sila kongsi pada ruangan komen dibawah. Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.