Terkejut Cikgu Siti Faridah (atau dikenali sebagai Cikgu Siti Share) apabila perkongsian beliau menerusi projek ‘green screen’nya menjadi tular. Cikgu Faridah pada mulanya hanya mempunyai puluhan followers sahaja.
cikgu testing green screen studio di rumah..
PKP FASA KE 3 video cikgu dah jadi mcm ni. Agak2 kalau PKP FASA seterusnya rumah cikgu dah jadi studio tv3 agaknyaa.. pic.twitter.com/QGCqymjtgM
— cikgu Siti Faridah (@SitiShare) April 17, 2020
Dengan itu, beliau kini telah menarik perhatian banyak media online dan stesyen radio untuk mengetahui idea yang beliau ketengahkan semasa musim PKP COVID-19 ini. Pengikut beliau mulai meningkat.
Fenomema ini walaupun jarang berlaku tetapi bukanlah luarbiasa. Sepanjang ber’twitter’ perkara seperti ini menjadikan Twitter sesuatu yang menarik.
Twitter dalam pendidikan
Saya pernah menerbitkan catatan sebab mengapa pendidik perlu memulakan akaun Twitter pada 2019. Pada waktu tersebut terdapat beberapa rakan guru memberitahu saya yang mereka agak agak kurang bersetuju dengan cadangan ini.
Mereka mengatakan untuk ekosistem pendidikan di Malaysia, Facebook paling sesuai untuk hal-hal advokasi dan perkongsian idea dan ilmu.
Pada waktu tersebut, saya melihat akan potensi Twitter ini yang bagi saya merupakan satu platform terbaik bagi para guru untuk guru berhubung dengan idea para pendidik global.
Mengapa para pendidik perlu mempunyai akaun Twitter pada 2020?. Ini antara sebabnya:
1. Connect People’ VS. ‘Connect Ideas’
Facebook merupakan platform terbaik menghubungkan manusia, tetapi Twitter merupakan platform terbaik menghubungkan idea, ilmu dan pandangan. Limitasi jumlah aksara membuatkan catatan ilmu secara ‘tweet’ lebih padat tidak merepek-repek.
@FelyTeachnology and I created these #Sketchnotes as a visual to help Ss get started with @Flipgrid 💚.
There is an English & a Spanish version.
Please share w/ your learners or colleagues and let’s continue to amplify🔊 #StudentVoice 📣🌈
✨#FlipgridForAll
✨#RemoteLearning pic.twitter.com/Trn2Jj9Rq6— Omar López (@OmarLopez0207) April 28, 2020
2. Maklumat Sahih Dari Sumber Primer
Dengan mengikuti akaun Twitter tokoh atau personaliti tertentu, anda boleh mendapat maklumat secara terus dari sumber pertama dengan pantas. Jenama-jenama terkenal juga kerap melakukan pengumuman rasmi di Twitter.
Saya kongsikan kenyataan media KPM berkaitan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti pautan berikut:https://t.co/4bu8APj5b3 pic.twitter.com/jkSrMcpHjt
— Radzi Jidin (@RadziJidin) March 27, 2020
3. Go Global
Kebanyakkan pendidik advokasi dunia aktif di Twitter. Jaringan dengan pendidik seluruh dunia menyediakan banyak ruang dan peluang untuk pendidik kita berkolaborasi dengan komuniti antarabangsa pada masa hadapan.
Estella is an arts educator who has witnessed the positive impact fine art has on learners' academics, social-emotional well-being.
Amidst the #COVID19 pandemic, all of this is at risk. Read on: https://t.co/uwWzjz8GaZ@UNESCO @eochurch#GTP2020 #TeacherVoices pic.twitter.com/px60W4Peqo
— varkeyfdn (@VarkeyFdn) April 20, 2020
4. Pilihan Pelajar Masa Kini
Berdasarkan pengalaman peribadi, pelajar kini berada di platform-platform sosial seperti IG dan TikTok. Namun begitu, Twitter merupakan platform wajib untuk mereka. Sorang pelajar saya pernah cakap “Fb hanya untuk untuk tua saja cikgu”.
5. Membina Pengaruh
Twitter antara media sosial yang terawal mencipta konsep ‘follow‘. Jika anda seorang guru advokasi yang sentiasa melakukan perkongsian ilmu, Twitter adalah pilihan terbaik anda membina pengaruh dengan mempunyai pengikut sendiri.
Oh this is new! STUDENT VIEW #googleClassroom now has a view assignments button. #googleEDU pic.twitter.com/T0LFPQfRmj
— Alice Keeler (@alicekeeler) April 30, 2020
6. Penggunaan # Yang Lebih Berkesan
Twitter dan hashtag (#) berpisah tiada. # wujud di semua platform sosial, namun penggunaannya lebih berkesan di Twitter. Dengan # anda boleh melihat sebarang tema yang diminati dengan mudah atau berkongsi idea dengan tema yang spesifik.
Happy #EarthDay! Celebrate the beautiful world we live in by writing a love letter to the planet! 🌏#CreativityForKids
— Apple Education (@AppleEDU) April 22, 2020
Oleh itu, jom ajak rakan-rakan pendidik untuk menyertai Twitter untuk pendidik kita terus bergerak ke hadapan. Dah ada Twitter jangan lupa untuk follow saya untuk saya kongsi pelbagai info menarik teknologi pendidikan.
Enam sebab mengapa para pendidik Malaysia perlu memiliki akaun Twitter pada 2020. Teruskan bacaan… pic.twitter.com/dGrTF3rYMY
— Cikgu Siber (@cikgu_siber) April 24, 2020
Pendidik yang baru bermula untuk Twitter, ini panduan untuk anda
- Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.
Comments have been closed/disabled for this content.