Adakah pelajar anda ADIWIRA STEM yang dicari?

Pelajar tingkatan 3 lazimnya telah tamat Penilaian Tingkatan 3 atau disebut PT3 sebulan sebelum cuti sekolah berakhir.

Tempoh ini untuk memberi peluang kepada para pemeriksa (yang dari kalangan guru) untuk memeriksa kertas sekolah serta melakukan verifikasi markah.

Pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai usaha memperkasakan mereka sebelum beralih ke tahap seterusnya, menengah atas.

Apa kata anda menggalakkan pelajar anda meyertai ADIWIRA STEM yang dianjurkan oleh KRU Studios? Dibawah merupakan 15 FAQ untuk menjawab persoalan anda mengenai cabaran ini.

1. Apakah ADIWIRA STEM?
ADIWIRA STEM adalah satu pertandingan realiti TV terbaru yang mencabar fizikal dan mental peserta. Pertandingan ini akan menguji kecekapan pelajar Tingkatan 3 dalam 4 subjek utama iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

2. Siapa boleh menyertai?
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 3 di sekolah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dari seluruh negara

3. Bolehkah pelajar sekolah bukan di bawah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) menyertainya? 
Tidak boleh.

4. Bolehkah pelajar selain tingkatan 3 menyertainya? 
Tidak. Hanya pelajar tingkatan 3 sahaja yang dibenarkan masuk.

5. Bagaimanakah pertandingan ini dijalankan?
Pertandingan ini akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan pusingan awal sehinggalah ke pusingan terakhir. Setiap pusingan berkemungkinan mempunyai penyingkiran.

6. Adakah saya akan bertanding secara individu?
Tidak. Setiap peserta yang terpilih akan digabungkan dengan 2 wakil lain daripada negeri atau wilayah yang sama.

7. Siapakah yang akan bertanding bersama saya?
Peserta akan bertanding dengan wakil daripada negeri atau wilayah yang lain.

8. Bilakah pertandingan ini akan diadakan?
Pertandingan akan bermula pada 4 Disember 2017.

9. Berapa lama tempoh pertandingan ini akan dijalankan? 
Pertandingan ini akan berlangsung dalam tempoh sebulan mengikut kelolaan dan jadual daripada produksi pengambaran.

10. Di manakah pertandingan ini diadakan?
Pertandingan ini akan diadakan di lokasi yang menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

11. Adakah perjalanan peserta ke tempat pertandingan akan ditanggung oleh penganjur? 
Tidak. Perjalanan peserta dari rumah ke tempat pertandingan perlulah ditanggung sendiri. Namun begitu, segala pengangkutan perjalanan ketika pertandingan berlangsung akan ditanggung oleh produksi mengikut jadual pengambaran.

12. Bagaimana pula dengan penginapan dan makan minum peserta pertandingan? 
Segala penginapan serta makan minum akan ditanggung produksi mengikut jadual pengambaran sepanjang pertandingan dijalankan.

13. Siapa yang akan bersama dengan peserta sepanjang program ini? 
Peserta akan ditemani oleh seorang wakil guru pengiring yang dipilih daripada setiap negeri dan wilayah.

14. Apakah hadiah kepada juara pertandingan ini? 
Setiap individu yang memenangi pertandingan ini akan mendapat biasiswa sara diri.

15. Di mana boleh didapati borang pengesahan?
Borang pengesahan boleh diambil daripada sekolah masing-masing.

JOM HARTARKAN VIDEO ANDA SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!

#adiwirastem #krustudios

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.