Akhirnya, inilah peranti yang ditunggu-tunggu untuk 2021!

Lama sudah cheq dok follow berita pasal pelancaran benda alah ni. Akhirnya, inilah peranti yang cheq paling tunggu-tunggu.

Ianya sebuah iPad Pro 12.9 inch model 2021, dilancar bersama iPad Pro 11 inch,iPhone berwarna unggu, iMac, Apple Airtags dan kemaskini Apple TV 4K.

Cheq jual iPad Pro kesayangan pada 2019 dengan sasaran untuk angkat iPad Pro 2020. Sekali dengar pulak berita Apple bakal guna paparan mini-LED dan cip pemprosesan baharu pada barisan iPad Pro pada 2021,

Jadi, hold dulu, tinggal dunia iPad sebentar…

Hampir 2 tahun bersama iPad Pro

Sebelum tu, cheq hidup selama hampir 2 tahun dengan iPad Pro untuk pelbagai kerja produktiviti . iPad Pro ni sangat memudahkan hidup sebenarnya.

Hampir semua tugasan menggunakan iPad Pro. Untuk kerja-kerja grafik dan multimedia, iPad Pro menawarkan prestasi yang memadai.

Kita bukanlah golongan artis profesional yang memerlukan ciri-ciri yang advanced. Basic sudah cukup. Jom tengok video rebiu dari The Verge ni dulu.

Pehhh.. ini yang tak tahan ni. iPad Pro 12.9 inch baharu dikuasakan dengan M1. Ramai sebenarnya yang terkejut beruk sebab Apple menawarkan cip M1 pada barisan iPad Pro 2021 ni. Mulanya ramai ingat hanya A14X saja.

Yang paling mengancam, haa… ini… teknologi skrin mini-LED yang Apple panggil Liquid Retina XDR. Gila beb.

Skrin ni mempunyai jumlah mampatan pixel atau resolusi yang tinggi serta contrast ratio yang bapak punya level. 1600 nits kot dia punya peak brightness tanpa mengorbankan prestasi bateri.

Boleh dikatakan skrin ni lebih baik daripada OLED. Apple dikatakan akan mengunakan mini-LED untuk semua iPad Pro dan MacBook Pro baharu pada masa hadapan. Apple Watch pun sama.

iPad Pro versi 11 inch pulak, walaupun dah dikemaskini, masih belum menerima lagi skrin mini-LED. Apple ni kira macam ‘menguji’ pada model 12.9 inch dulu sebelum diadaptasi kepada model lain.

Hasilnya, iPad Pro model 2021 ni bagi cheq dah tapau semua tablet-tablet /tablet hidbrid dipasaran termasuk Surface Pro dari segi prestasi dan ciri-ciri menarik. Memang kejam.

Siapa yang sesuai iPad Pro 12.9 inch ni?

Baik, sebab skrin dia agak besar, ia tak sesuai untuk semua orang. 11 inch saiz yang ideal. 12.9 inch ni agak besar gedabak dan sesuai untuk orang tertentu sahaja.

Sebagai contoh, pengguna yang perlukan lebih ruang untuk melukis, atau pengguna yang terlibat dalam penerbitkan kandungan multimedia atau pengguna yang tak boleh tengok skrin comel-comel.

Macam cheq, memang tumpuan 2021 dan seterusnya, nak terjebak semula dalam penerbitan filem pendek pendidikan. iPad Pro 2021 ni akan dijadikan senjata utama untuk berperang.

iPad Air VS. iPad Pro 2020 VS. iPad Pro 2021?

Sejurus pelancaran iPad Pro 2021, ramai di Telegram ATC yang bertanya mana yang lebih baik berbaloi. Adakah iPad Pro 2020 atau angkat saja iPad Air yang berwarna-warni tu.

Ya, iPad Pro 2020 sebenarnya masih masih lagi berbaloi. Dengan harganya yang akan jatuh, ianya merupakan pilihan yang ideal bagi guru untuk lebih berjimat.

Cikgu-cikgu yang nak angkat iPad Air tu cheq lebih sarankan pergi kepada iPad Pro terus. Skrin 120Hz fresh rate beb. Tambah sikit saja. Seperti kata XPDC, “Apa lagi nak dikata..”

Dengan pemprosesan yang berkuasa dengan speaker yang mantap, ditambah pulak iOS/iPadOS yang dirombak sepenuhnya mulai versi 11, iPad Pro memang puas hati memakainya.

Saiz storan pula? 128GB pun dah OK. Ada bajet lebih sikit sambaq la yang 256GB, sedap sikit.  Apple Pencil wajib beli tau, baru cikgu-cikgu dapat rasa feel sebuah iPad Pro.

Penganti MacBook?

Selepas bereksperimen selama hampir 2 tahun dengan iPad Pro tanpa sebarang laptop semasa bercuti 2 tahun, cheq akui iPadOS jauh lagi perjalanan untuk mengantikan sepenuhnya sistem pengoperasian seperti MacOS.

Sebagai guru yang mengajar Sains Komputer, sebuah laptop diperlukan untuk kerja-kerja pengaturcaraan. Untuk itu cheq sambaq dulu sebuah MacBook Pro.

iPadOS 15 yang akan diumumkan pada Jun ini sempena WWDC21 dikhabarkan akan lebih fleksibel dan menyokong lebih ramai penggunaan. Ini termasuklah pengenalan Xcode serta Final Cut Pro pada iPad.

Ini melengkapkan visi Apple untuk membawa aplikasi desktop ke iPad bermula dengan pengenalan Adobe Photoshop dan Illustrator sebenar pada iPad.

Haa, ini baru betul kalau Apple nak kempen  iPad Pro sebagai laptop replacement.  Kan gitu Tim Cooks. Jadi, tabung ayam dah nak penuh. Inshaallah, kalau ada rezeki kita angkat sekilo.

Laman Web iPad Pro

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.