6 aktiviti digital yang boleh dilakukan bersama anak sepanjang cuti sekolah

Yeayyy, cuti sekolah kembali lagi!. Sudah tentu tempoh masa yang panjang membuatkan anda sebagai ibu bapa tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk anak kesayangan anda.

Berikut saya senaraikan enam cadangan aktiviti pembelajaran digital yang boleh dilakukan bersama anak-anak anda sepanjang cuti sekolah.

1. Buat video log percutian

Sudah tentu ada ibu bapa yang merancang untuk melancong ke tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara. Apa kata berikan tugasan untuk anak anda hasilkan video log mengenai percutian tersebut.

Selain menjana kreativiti anak-anak, video ini bakal menjadi satu kenangan anda sekeluarga. Video ini juga boleh dikongsi di media sosial atau di saluran Youtube.

2. Belajar reka cipta & robotik

Banyak bengkel bertemakan reka cipta dan robotik ditawarkan sepanjang cuti sekolah untuk melatih pelajar dalam bidang inovasi digital. Antaranya bengkel #mydigitalmaker anjuran MDEC ini.

Menerusi LEGO V3 atau kit litar kawalan mikro Arduino contohnya, pelajar akan belajar mengekod. Kemahiran ini amat penting untuk menyediakan mereka dengan pekerjaan-pekerjaan baharu kelak.

3. Belajar kraf & origami

Aktiviti kraf dan origami ini amat menyeronokan. Ianya bukanlah aktiviti bertemakan digital, namun anda boleh menggunakan app-app  panduan origami atau video tutorial dari Youtube sebagai rujukan.

Anda boleh menjadikan aktiviti ini lebih menarik dengan menggalakkan anak anda menghasilkan video tutorial sendiri atau menghasilkan klip penceritaan menggunakan watak origami.

4. Bermain permainan komputer bersama

Bermain permainan komputer sebenarnya bagus untuk merangsang sel kognitif anak-anak. Ibu bapa perlu berperanan memilih permainan yang sesuai serta mendisiplinkan mereka dengan masa.

Permainan komputer boleh dimainkan di konsol, PC ataupun peranti pintar. Bermain bersama anak-anak juga dapat mengeratkan hubungan.

5. Layan dokumentari di Netflix

Netflix menawarkan kandungan yang berkualiti untuk video dokumentari. Jika anda mempunyai TV pintar, jadikan aktiviti menonton dokumentari bersama sebagai satu aktiviti pembelajaran yang bermakna.

Video dokumentari yang penuh berfakta dapat membuka minda mereka mengenai kejadian alam serta memahami sejarah dan kebudayaan dengan lebih baik.

6. ‘Blogging’

Sepanjang tempoh cuti sekolah, anda boleh membimbing anak anda untuk memulakan projek blog mereka sendiri. Mungkin anak anda boleh berkongsi sebarang topik yang mereka minati sebagai tema.

Galakkan mereka untuk berkongsi menggunakan Bahasa Inggeris juga. Projek penerbitan web ini dapat melatih mereka untuk menulis dengan lebih yakin.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi aktiviti bertemakan digital yang boleh dimanfaatkan oleh anak anda supaya cuti mereka lebih bermakna. Apa pula aktiviti anda sepanjang cuti? Tinggalkan idea anda pada ruangan komen dibawah.

Ikuti saluran Telegram kami untuk perkongsian setiap hari mengenai teknologi dan pendidikan.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.