6 cadangan aktiviti untuk anda lakukan sempena Minggu Sains Negara

Dengan tema “Sains untuk Kesejahteraan”, Minggu Sains Negara dianjurkan sekali lagi di seluruh negara pada tahun ini. Memasuki tahun kedua, Minggu Sains Negara 2019 menampilkan sedikit perbezaan berbanding tahun sebelumnya yang mana pada tahun ini, Minggu Sains Negara dilaksanakan secara berfasa.

Fasa pertama Minggu Sains Negara 2019 yang berlangsung pada April adalah melibatkan lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak, manakala penganjuran fasa kedua pada Ogos 2019 akan melibatkan negeri-negeri yang lain.

Menurut penganjur, Minggu Sains Negara 2019 diadakan secara berfasa bagi memastikan inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan ini dilaksanakan secara lebih berfokus, berkesinambungan dan menyeluruh agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Kempen Minggu Sains Negara 2019 fasa pertama sedang berlangsung iaitu pada 1 hingga 7 April 2019. Berikut merupakan aktiviti cadangan yang semua orang boleh lakukan untuk menyokong inisiatif ini.

1. Mengikuti saluran Youtube bertemakan Sains popular

Youtube merupakan saluran terbaik untuk belajar mengenai Sains. Dalam catatan sebelum ini, saya senaraikan 6 saluran popular Sains untuk anda ikuti di Youtube. Saluran-saluran ini memaparkan kandungan yang santai serta menghiburkan.

Lihat seterusnya…

2. Langgan ‘newsletter‘ dari TED’s Science

TED terkenal dengan perkongsian idea luarbiasa serta penemuan terkini dan sensasi dunia Sains. Mereka menawarkan sisipan ‘newsletter‘ setiap dua minggu secara percuma kepada anda sebagai satu usaha promosi TED dan Sains menerusi email.

Lihat seterusnya…

3. Ikuti berita mengenai dunia Sains di Twitter

Twitter merupakan platform perkongsian idea dan informasi yang paling aktif. Hello Bio menyenaraikan 10 akaun di Twitter yang boleh diikuti untuk mendapatkan berita sensasi dunia Sains.

Lihat seterusnya…

4. Lihat cadangan aktiviti Sains di carian Google

Google sahaja cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama pelajar (jika anda guru) atau anak anda di rumah. Menerusi carian saya dengan kata kunci ‘science week activity ideas‘, saya menemui pelbagai aktiviti yang menarik untuk dicuba.

Carian Google…

5. Menyertai Pertandingan Video Pendek dan Laporan Aktiviti Minggu Sains Negara Peringkat Sekolah

Sejajar dengan aspirasi Minggu Sains Negara 2019 bagi meningkatkan penglibatan rakyat khususnya pelajar-pelajar sekolah dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), ayuh!, sertai pertandingan peringkat nasional ini.

Lihat maklumat lanjut…

6. Berkunjung ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara

Sudah tentu sepanjang minggu ini dua agensi penting bidang Sains ini akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai. Jom bawa pelajar dan anak anda berkunjung ke sana.

Lihat tawaran aktiviti di Pusat Sains Negara (Fb)… , Planetarium Negara (Fb)…

Sumber & gambar: MESTECC

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.