6 alat bina poster dan infografik secara percuma menerusi aplikasi web atau app

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya menggalakkan pelajar menggunakan Piktochart sebagai alat kreatif untuk projek individu.

Pelajar memberi reaksi yang positif terhadap aplikasi web ini. Bagi mereka, ianya amat mudah digunakan.

Sebenarnya, terdapat begitu banyak alat peyuntingan grafik berasaskan web yang boleh pelajar gunakan untuk menghasilkan grafik kreatif.

Ianya menawarkan pelbagai ciri menarik seperti koleksi templat, grafik dan fon yang pelbagai.

Menariknya, ada juga platform yang menyediakan ciri-ciri interaktiviti seperti infografik beranimasi.

Kebanyakan adalah percuma dan ada juga pembangun yang menawarkan versi aplikasi pintar (app).

Untuk menghasilkan catatan ini saya menguji berbelas alat kreatif terbaik di pasaran.

Nah, saya kongsikan 6 alat kreatif terbaik pilihan saya yang boleh anda atau pelajar anda gunakan untuk menghasilkan poster atau infografik sendiri secara percuma.

1. Piktochart 

Piktochart merupakan sebuah startup yang bertapak di Pulau Pinang yang menerima suntikan dana daripada Cradle.

Piktochart memberi fokus kepada penghasilkan infografik dan grafik untuk persembahan slaid. Piktochart kini menjadi satu jenama terkenal dunia untuk membina infografik yang berkualiti.

Terokai Piktochart

2. Canva

Canva disebut sebagai salah satu pembina grafik yang terbaik semasa saya menyertai bengkel teknik membina ‘pitch desk’ oleh salah sebuah firma antarabangsa.

Selain versi web saya juga telah mencuba Canva menerusi tawaran app di iPad. Saya amat tertarik dengan templat serta ribuan grafik dan fon yang ditawarkan.

Terokai Canva

3. Visme

Apa yang menarik mengenai Visme ialah keupayaan untuk memasukkan elemen yang lebih interaktif seperti audio, video dan animasi.

Selain itu, alat ini juga membolehkan anda membina eBook dan laporan yang cantik. Namun, apa yang saya tidak gemari, grafik yang dihasilkan secara percuma akan ‘dihadiahkan’ logo Visme .

Terokai Visme

4. Infogr.am

Infogr.am bukan sekadar alat penyunting infografik biasa. Ianya menawarkan pelbagai fungsi menarik untuk anda. Sebagai contoh, untuk menghasilkan graf, anda boleh mengimport data dari hamparan kerja seperti Microsoft Excel dan Google Sheets untuknya.

Versi Pro menawarkan fungsi kemaskini maklumat infografik secara ‘live’ serta fungsi analitik untuk anda menganalisis data serta prestasi infografik anda di web.

Terokai Infogr.am

5. Venngage

Venngage menyediakan panduan yang khusus untuk anda yang baru dengan antaramukanya. Venngage juga menawarkan interaktiviti pada grafiknya untuk anda mengintegrasi pelbagai media padanya. Sebagai contoh, anda boleh menghasilkan pdf interaktif.

Namun, untuk versi percuma anda hanya boleh berkongsi pautan grafik menerusi Venngage. Untuk memuat turun grafik anda perlu melanggan versi premium.

Terokai Venngage

6. Snappa

Snappa menawarkan pelbagai format grafik yang boleh anda gunakan pada laman sosial dan blog. Apa yang saya gemarkan mengenai alat kreatif ini adalah kelancaran proses penyuntingannya.

Snappa juga memberikan fungsi untuk memuat turun grafik beresolusi tinggi kepada anda secara percuma. Namun, anda perlu mendapatkan versi premium untuk menyimpan projek anda.

Terokai Snappa

Jika anda ingin berkongsi alat kreatif terbaik yang ada gunakan, sila gunakan fungsi komen dibawah.

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.