6 aplikasi alternatif PowerPoint untuk persembahan slaid

Microsoft PowerPoint merupakan satu perisian aplikasi popular untuk persembahan slaid.

Ianya dilancarkan pada tanggal 22 Mei 1990, iaitu kira-kira 27 tahun yang lalu.

Powerpoint versi terkini menawarkan pelbagai fungsi terkini yang menarik. Namun, bagi sesetengah orang, PowerPoint tetap ‘PowerPoint’ 😋.

Jika anda mahu menerokai sesuatu yang baru, kami bawakan kepada anda 6 alternatif aplikasi pembinaan persembahan slaid penganti PowerPoint. 😃

1. Google Slides

Google Slides merupakan tawaran aplikasi pejabat terbaik Google bersama Docs (alternatif Word) dan Sheets (alternatif Excel).

Aplikasi berasaskan web ini begitu ringkas, pantas dan mudah digunakan. Ianya ditawarkan secara percuma dengan akaun Google.

Slides diintergrasi dengan baik jika anda menggunakan aplikasi pengurusan pembelajaran Google Classroom.

Jika anda mencari satu aplikasi pantas untuk suntingan secara kolaborasi berkumpulan, Google Slides adalah jawapannya.

Terokai Google Slides

2. Apple Keynote

Apple Keynote merupakan satu aplikasi percuma untuk pengguna produk Apple bersama barisan iWork seperti Pages (alternatif Word) dan Numbers (alternatif Excel).

Bagi pengguna yang tiada produk Apple ada masih boleh mengakses Keynote menerusi iCloud menerusi aplikasi web.

Keynote juga boleh membaca fail berformat PowerPoint atau mengeksport kepada fail PowerPoint dengan mudah.

Antara yang menarik Keynote adalah fungsi Keynote Live serta alat manipulasi grafik dan animasi yang membolehkan anda membina persembahan yang berkualiti.

Terokai Keynote

3. Prezi

Prezi merupakan aplikasi yang mampu memberi elemen ‘Wow!’ dalam persembahan anda.

Ianya umpama satu kanvas besar dengan kebolehan zoom masuk dan zoom keluar. Kesan transaksi slaid yang ditonjolkan mampu menarik perhatian audien.

Namun, anda memerlukan sedikit kemahiran untuk menguasai proses penyuntingannya.

Percuma untuk ciri-ciri asas, anda perlu membayar USD5/bulan untuk menikmati beberapa ciri tambahan seperti akses aplikasi secara offline, eksport kepada PDF dan pelbagai lagi.

Terokai Prezi

4. Haiku Deck

Saya menguji Haiku Deck menerusi app di iPad Pro serta aplikasi web menerusi web browser.

Apa yang menariknya saya tidak perlu lagi mencari gambar atau grafik di Google Search. Stok imej yang disediakan cukup banyak untuk anda menghasilkan persembahan yang menarik.

Mereka menawarkan lebih 40 juta gambar stok secara percuma menerusi perlesenan Common Creative (CC).

Ciri-ciri ini menjadikan kerja anda lebih pantas dan mudah.

Terokai Haiku Deck

5. SlideDog

SlideDog merupakan satu inovasi yang saya sifatkan amat menarik dan ‘segar’.

Ianya menyediakan fungsi live sharing seumpama Keynote Live. Fungsi ini membenarkan persembahan anda ‘disiarkan’ pada peranti rakan-rakan anda.

Anda juga boleh memasukan unsur interaktiviti seperti tinjauan ringkas atau poll secara real-time.

Namun, untuk menikmati ciri-ciri menarik ini anda perlu melakukan sedikit pelaburan dengan melanggan versi premium.

Terokai SlideDog

6. LibreOffice Impress

Projek aplikasi pejabat alternatif penganti Microsoft Office sebenarnya telah lama bermula sejak zaman kemunculan Linux.

LibreOffice merupakan pakej aplikasi pejabat dibangunkan oleh komuniti menerusi kod sumber terbuka.

Ianya ditawarkan secara percuma dan boleh didapati dalam platform Linux, Windows, macOS dan aplikasi berasaskan web.

Empat kata kunci digunakan pembangun untuk merujuk kepada versi terbaharu mereka LibreOffice 6.0 – Power, Simplicity, Security dan Interoperability.

Terokai LibreOffice Impress

BONUS!

 😃😃😃

7. Powtoon

Jika anda mempunyai banyak masa untuk menerokai perkara baharu, cubalah Powtoon.

Powtoon menggabungkan slaid animasi dan anda boleh menerbitkannya sebagai video.

Tiada idea untuk bermula, guna sahaja koleksi puluhan templat yang disediakan.

Terokai Powtoon

8. Curator

Curator merupakan satu aplikasi kurasi kandungan yang boleh digunakan sebagai slaid persembahan.

Menariknya ianya amat ringkas dan anda boleh memautkan laman web terus pada kanvas.

Ianya amat sesuai jika anda ingin mempersembahkan koleksi grafik dan laman web secara pantas kepada audien.

Terokai Curator

9. Adobe Spark Page

Adobe banyak menghasilkan aplikasi pintar menerusi jenama Adobe Spark.

Adobe Spark Page merupakan satu aplikasi yang didedikasikan untuk membina laman web.

Namun, anda juga boleh menggunakan Spark Page secara kreatif sebagai sebuah persembahan slaid yang menarik.

Layari Adobe Spark Page

Kongsikan aplikasi lain yang anda gunakan untuk menghasilkan persembahan slaid pada ruangan komen di bawah. 🤓

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.