Amanz.my – Sumber informasi terkini teknologi dalam Bahasa Melayu terbaik

Paultan.org, Hongkiat.com dan Amanz.my merupakan 3 laman web kegemaran saya yang diakses hampir setiap hari.

Saya membaca Amanz.my sejak 3 tahun lalu – mengikuti perkembangan dunia teknologi semasa. Mereka memberi fokus kepada perkongsian dunia perkomputeran dan IT dalam dan luar negara.

Amanz.my bermula sebagai sebuah blog perkongsian dan tutorial teknologi digital. Kini, mereka melangkah lebih jauh dengan perkongsian informasi menerusi video di Amanz TV.

Amanz.my juga dijemput untuk mengisi slot perkongsian teknologi menerusi salah satu rancangan mengenai gaya hidup di saluran televisyen.

Selain itu, mereka juga menyertai pelbagai acara besar teknologi digital untuk membuat liputan khas.

Laman web Amanz.my memaparkan antaramuka yang kemas, mesra peranti pintar serta kadar suapan laman yang amat pantas.

Jika pasukan Amanz.my  membaca catatan ini, kami ucapkan “Semoga terus berjaya..” dan jangan lupa tinggalkan komen di bawah.

Sebahagian pasukan penggerak Amanz.my – Gambar Amanz Media
Layari Amanz.my

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.