Anda punyai idea hebat pembelajaran? Kongsikan di TED-Ed

TED-Ed merupakan tawaran khusus TED untuk dunia pendidikan. Sehingga artikel ini ditulis mereka menyatakan 265,396 set pembelajaran telahpun dibina dengan lebih 16 juta soalan telah dijawab. 💪

Misi TED-Ed adalah untuk membina bahan pengajaran menerusi perkongsian yang bernilai tinggi selaras dengan misi utama TED untuk menyebarluaskan idea-idea hebat dunia. 💃 💃 💃

TED-Ed menawarkan satu pustaka pembelajaran yang mana mereka akan mengkurasi video pembelajaran terbaik. Ianya ditawarkan secara percuma dan jangan lupa untuk sign-up dahulu. 🤓

Setelah mempunyai akaun, anda boleh menggunakan set pembelajaran yang sedia terbina ataupun menyunting set pembelajaran anda sendiri berdasarkan video yang disediakan.

Mereka juga menyediakan platform bagi pelajar seluruh dunia berkongsi idea luarbiasa serta berkolaborasi menerusi TED-Ed Clubs.

Para pendidik boleh menyumbang video pembelajaran secara terbuka lantas dapat melihat bagaimana sumbangan mereka dapat memberi impak kepada semua. 🌈🌈🌈

Terdapat tiga kategori kandungan video pembelajaran di TED-Ed. Yang pertama TED-Ed Originals iaitu kandungan pembelajaran daripada para pendidik pemenang anugerah.

Kandungan dibina secara kolaborasi antara pendidik, screenwriter dan juruanimasi. Iannya amat hebat jika anda dapat menggunakan sumber ini di dalam kelas anda. 😉

Kedua, TED-Ed Talk Lessons. Ianya membolehkan anda menggunakan video dari acara perkongsian TED Talk untuk pembelajaran anda. Satu templat disediakan untuk anda sunting menerusi akaun anda.

Manakala yang ketiga merupakan TED-Ed Select. Set pembelajaran dibina oleh anda, disaring oleh panel pemilihan dan jika idea anda amat luarbiasa ianya akan dikongsi kepada umum. 😎

 

Saya simpulkan TED-Ed menghidangkan satu sumber pembelajaran yang berkualiti dan menarik. Jika anda berkemahiran menghasilkan video yang berkualiti dan luarbiasa apa kata kita anda berkolaborasi dengan kami untuk berkongsinya di TED Ed. 😋

😎 😁 😊

Terokai TED-Ed

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.