Annotable kini lebih menarik menerusi kemaskini versi 2.0

Annotable merupakan perisian untuk melakukan annotation (tandaan, penerangan atau komen) pada imej dengan cara dan antaramuka yang mudah.

Ianya membolehkan anda melakukan annotation dengan menambah petunjuk dalam bentuk garisan, anak panah, bentuk (oval, rectangle dan filled rectangle), memasukan teks, mengkaburkan imej (blur dan pixelation) dan juga memberi fokus menerusi fungsi sportlight dan zoom pada imej.

Ia juga mempunyai kemampuan untuk highlight pada teks.  Annotable diakui sebagai antara perisian annotate terbaik untuk produktiviti untuk platform iOS tahun lalu.

Menerusi kemaskinian terkini ianya menawarkan lebih kawalan untuk kostumasi warna, saiz, outline dan juga font. Buat masa sekarang versi untuk Android masih belum dihasilkan. Annotation boleh dimuat turun di App Store.

Muat turun Annotable

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.