Bina permainan interaktif dengan Kodu dari Microsoft

Kodu daripada Microsoft merupakan satu aplikasi pembangunan permainan untuk kanak kanak dengan menyediakan ‘visual programming’ yang mudah. Ia mebolehkan anda membina permainan untuk platform PC dan Xbox.

Kodu diperkenalkan pada 2009 untuk mengajar kreativiti, penyelesaian masalah dan tatapenceritaan melalui pengaturcaraan. Setiap orang kini mampu membina permainan walaupun tiada kemahiran asas rekabentuk dan pengaturcaraan.
Untuk menggalakkan penggunaan di sekolah mereka teleh membina classroom kit dengan  set rancangan pengajaran tersedia bagi guru atau instuktor. Ia juga menyokong penggunaan oleh ibubapa yang mahukan anak mereka menggunakan aplikasi ini.
Kodu ditawarkan secara percuma untuk pengguna PC, manakala untuk aplikasi pembangunan Xbox, mereka hanya menawarkan di USA melalui Xbox Marketplace  dengan harga USD5.

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.