Makeblock diiktiraf ‘Innovation Award Honoree’ di CES 2018 – Mari kenali Makeblock

Ketika artikel ini ditulis, di Las Vegas Convention Center sedang berlangsungnya Customer Electronics Show 2018 (CES 2018). CES 2018 merupakan satu program perhimpunan tahunan industri elektronik & teknologi digital antara terbesar dunia.

Kebanyakkan syarikat gergasi teknologi akan membuat pengumuman mengenai teknologi terbaru mereka di sana. Ada juga yang mengambil kesempatan melancarkan produk serta inovasi terkini mereka di pentas utama.

Menarik kali ini, sebuah jenama dengan fokus kepada pendidikan STEM, Makeblock telah diberi pengiktirafan Innovation Award Honoree atas salah satu barisan produk yang mereka tawarkan, iaitu Makeblock Neuron. 👏👏👏

Mari kenali apa itu Makeblock

Makeblock bermula dengan menawarkan komponen robotik untuk digunakan oleh komuniti DIY di Shenzhen, China pada tahun 2013. 🤖🤖🤖

Makeblock seterusnya menukar visi untuk mengajar pengaturcaraan dan robotik kepada kanak-kanak di China. Projek mBot mereka telah memperolehi dana sebanyak US$285,000 di Kickstarter pada April 2015.

Menurut pengasas dan juga CEO mereka, Jasen Wang, untuk 2018, salah satu maklamat utama mereka adalah untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar koding dan mencipta seawal usia mereka. 👶

Jasen Wang – Gambar SCMP

 

Codey Rocky

Codey Rocky merupakan robot tahap permulaan untuk kanak-kanak seawal 6 tahun. Ianya mengajar perkara asas pengaturcaraan dengan pengenalan kawalan secara visual serta asas AI.

Mengenai Codey Rocky

mBot

mBot mengabungkan Arduino, Scratch 2.0 dan komponen robotik. Menyokong produk ini mereka menawarkan beberapa buah e-book sebagai panduan kepada pengguna.

Mengenai mBOT

Makeblock Neuron

Produk ini telah menerima pelbagai anugerah dan yang terkini di CES 2018. Mereka menawarkan lebih 30 blok dengan pelbagai fungsi seperti kuasa, penderia, panel LED, motor dan sebagainya.

Mengenai Makebot Neuron

Airblock

Airblock merupakan satu-satunya tawaran robot boleh terbang oleh mereka. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan dron, hovercraf atau mungkin kereta terbang.

Mengenai Airblock

Begitu menarik sekali barisan produk yang ditawarkan. Bagaimana pula dengan harganya? 💰💵💸

Carian saya di pelbagai laman membeli belah atas talian menunjukkan tawaran harga yang berbeza. Namun, produk ‘made in China’ ini sudah pasti menawarkan harga yang amat kompetitif. 😘

Namun, anda boleh menyemak harga yang ditawarkan kepada anda dengan harga yang ditawarkan di Makeblock Store. Selain produk diatas anda juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori tambahan di sana.

Makeblock menawarkan pebagai sokongan pembelajaran atas talian dan secara offline. Mereka juga mempunyai program cabaran robotik global untuk para remaja iaitu MakeX Challenge.

Kini, lebih 4 juta pengguna dari lebih 140 buah negara menggunakan produk mereka untuk pendidikan STEM.

Layari laman web Makeblock

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.