Saya tidak mengingati bila, tetapi pernah ditugaskan untuk membuat salasilah keluarga dari ‘nenek moyang’ semasa di bangku sekolah. ?
Zaman tersebut, saya memilih buku nota sains agar muat. Menjejaki keturunan ketika itu amat mudah kerana ‘orang-orang penting’ masih lagi wujud sebagai rujukan utama.
Seiring dengan zaman, jika anda seorang guru yang mahu memberi projek yang serupa kepada pelajar, anda boleh meminta mereka menggunakan aplikasi pintar Ancestry ataupun MyHeritage.
Ancestry
Aplikasi ini saya telah gunakan sejak 3 tahun lepas kononnya untuk merekod kembali keturunan keluarga. Menariknya aplikasi ini, anda boleh mengintegrasikan setiap personal dengan akaun Facebook mereka.
Dan jika anda ragu-ragu dengan keturunan anda, anda boleh menyemak dengan rekod kelahiran seluruh dunia serta melakukan analisis DNA. ?
Muat turun Ancestry (Android)
Muat turun Ancestry (iOS)
MyHeritage
MyHeritage mendapat rebiu yang lebih baik berbanding Ancestry di App Store. Pengguna kini telah membina 40 juta salasilah keluarga menerusi MyHeritage.
Selain aplikasi pintar mereka juga menawarkan aplikasi web (versi online).
Muat turun MyHaritage (Android)
Muat turun MyHaritage (iOS)
Kongsikan aplikasi lain yang anda gunakan pada ruangan komen di bawah. ?
Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk laman Facebook kami.
Comments have been closed/disabled for this content.