Bagaimana aplikasi Curator membantu anda sebagai seorang pendidik?

Internet menyediakan pelbagai sumber pembelajaran menarik yang boleh anda kongsikan kepada pelajar di kelas.

Sudah tentu jika anda menemui bahan berguna seperti imej atau pautan laman web, anda tentu ingin menyimpannya.

Imej tersebut sudah tentu akan dimuat turun ke dalam galeri peranti pintar anda. Manakala pautan web anda akan gunakan fungsi ‘bookmark’ pada engin gelintaran (web browser).

Curator hadir sebagai satu alat kurasi untuk anda menyimpan imej, teks dan juga pautan internet pada satu kanvas.

Ianya memaparkan antaramuka ringkas yang mudah digunakan. Integrasi dari pelbagai storan awan juga disediakan untuk mengkurasi imej.

Curator juga boleh digunakan sebagai slaid persembahan jika anda ingin memaparkan imej, teks dan laman web semata-mata.

Dengan Curator galeri gambar anda tidak lagi semak dan pautan laman web kegemaran anda juga mudah dicapai.

Buat masa ini Curator hanya ditawarkan kepada platform iOS (iPhone dan iPad)

Muat turun Curator (App Store)

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.