8 aplikasi bina poster dan infografik untuk projek pelajar di rumah

Aktiviti membina infografik merupakan aktiviti wajib bagi pelajar-pelajar saya setiap tahun. Saya menyarankan mereka beberapa aplikasi web yang boleh mereka digunakan secara percuma.

Berikut saya kongsikan lapan aplikasi berasaskan web yang boleh pelajar anda gunakan sebagai projek mereka di rumah.

1. Piktochart 

Piktochart terkenal untuk penghasilkan infografik dan grafik untuk persembahan slaid. Jenama yang bertapak di Malaysia ini, kini menjadi satu jenama aplikasi web yang agak terkenal dunia untuk membina pelbagai jenis grafik yang berkualiti.

Terokai Piktochart

2. Canva

Canva merupakan satu aplikasi popular untuk mereka bentuk grafik pelbagai kegunaan dengan tawaran ribuan templat sedia untuk disunting. Saya amat menyarankan aplikasi ini kepada pelajar-pelajar saya.

Terokai Canva

3. Visme

Apa yang saya suka mengenai Visme ialah keupayaan untuk memasukkan elemen yang lebih interaktif seperti audio, video dan animasi. Selain itu, alat ini juga membolehkan anda membina eBook dan laporan yang bagi saya sangat cantik.

Terokai Visme

4. Infogr.am

Infogr.am membolehkan anda untuk menghasilkan graf dengan mengimport data dari hamparan kerja seperti Microsoft Excel dan Google Sheets. Satu alat yang sangat sesuai untuk anda menghasilkan infografik yang melibatkan paparan data berinfomasi.

Terokai Infogr.am

5. Venngage

Venngage juga menawarkan interaktiviti pada grafiknya untuk anda mengintegrasi pelbagai media padanya. Sebagai contoh, anda boleh menghasilkan media PDF interaktif.

Terokai Venngage

6. Easel.ly

Easel.ly bukanlah dalam senarai kegemaran saya. Namun, aplikasi web ini dapat membantu anda untuk membina infografik yang menarik dengan fungsi penyuntingan yang agak mudah untuk digunakan.

Terokai Easel.ly

7. Snappa

Snappa menawarkan pelbagai format grafik terutamanya untuk anda gunakan pada laman sosial dan blog. Apa yang saya gemarkan adalah kelancaran proses penyuntingannya serta fungsi untuk memuat turun grafik beresolusi tinggi secara percuma.

Terokai Snappa

8. Genial.ly

Genial.ly menawarkan antaramuka yang intuitif, lancar dan mudah dikendalikan. Aplikasi ini menawarkan ribuan templat menarik yang cantik untuk anda gunakan.

Terokai Genial.ly

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk ikuti laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.