Mari semak kekuatan kata laluan anda dengan aplikasi ini

Hari ini merupakan Hari Kata Laluan sedunia atau Password Day. Pelbagai kempen kesedaran dijalankan termasuk kempen daripada Google untuk melakukan pemeriksaan keselamatan bagi pemilik akaun Google.

SpashData menyenaraikan 100 kata laluan popular yang sering digunakan oleh komuniti Internet pada 2018. Kata laluan ini dikategorikan sebagai kata laluan yang teruk dan ia mendedahkan anda kepada perkara negatif seperti pengodaman.

Kedudukan 10 kata laluan popular 2018 menurut SpashData

Kata laluan yang disenaraikan sangat umum, menggunakan kata kunci popular, mudah diteka serta tidak memenuhi ciri-ciri kata laluan yang selamat seperti menggunakan kombinasi huruf, nombor, huruf besar dan huruf kecil serta simbol/karektor khas.

Jadi, bagaimana untuk mengetahui kata laluan anda selamat ataupun tidak?

How Secure Your Password? merupakan satu perkhidmatan yang dapat menguji kata laluan anda dengan memaparkan kekuatan kata laluan anda dengan memaparkan berapa lama sesebuah komputer mengambil masa untuk ‘meneka’ kata laluan anda.

Kata laluan yang saya gunakan mengambil tempoh selama 552 quadrilion tahun untuk komputer memecah masuk. Perlu dingatkan angka ini bukanlah angka yang tepat. Ianya hanya pengiraan anggaran semata-mata dengan formula tertentu untuk tujuan pendidikan.

Jangan risau untuk menguji kekuatan kata laluan disini kerana pihak pembangun memberi jaminan kata laluan yang anda masukan tidak akan direkodkan. Jika anda masih tidak yakin, anda boleh mengaktifkan fungsi VPN pada peranti anda.

Semak Kata Laluan Anda

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.