Dengan Zoom mesyuarat guru akan lebih canggih

Mesyuarat secara bersemuka diakui amat penting. Ia dapat mengeratkan hubungan sesama manusia dan dilihat begitu praktikal.

Namun, mesyuarat yang agak kerap dengan tidak banyak keputusan dicapai kadang-kadang amat merimaskan. Berdasarkan pengalaman peribadi, kita sebenarnya membazirkan lebih 15 minit untuk menunggu mesyuarat bermula.

Manakala mesyuarat yang lebih besar seperti meyuarat peringkat daerah, negeri dan kebangsaan menuntut kita meluangkan masa untuk perjalanan ke lokasi serta menanggung kos tertentu untuk pengangkutan.

Zoom hadir dengan satu solusi terbaik untuk anda bermesyuarat secara digital. Dengan teknologi terkini serta liputan Internet yang pantas, anda kini boleh bermesyuarat dimana-mana sahaja meskipun dari rumah.

Menariknya, sesi pembentangan slaid juga dapat dilaksanakan dengan baik menerusi tawaran ciri-ciri interaktiviti daripada Zoom.

Zoom menjadi pilihan saya kerana ianya menawarkan tempoh sesi percuma yang lama iaitu selama 40 minit dengan paparan video yang amat lancar. Tahniah kepada teknologi serber yang digunakan Zoom.

Zoom juga boleh menjadi satu alat yang menarik untuk digunakan oleh pelajar dan guru. Bayangkan, kelas tambahan boleh dilakukan hanya dari rumah. Masa dapat dijimatkan dan kualiti hidup guru dapat dipertingkat.

Proses mengatur mesyuarat dan penyertaan ahli menyuarat menerusi aplikasi Zoom juga amat mudah. Ianya ditawarkan menerusi aplikasi web dan juga aplikasi pintar.

Posted by Mohd Razif Abdul Razak on Isnin, 23 April 2018

Satu sesi pembelajaran dan pembetangan menerusi Zoom. Pembelajaran berlaku di 9 lokasi berbeza.
Sokongan Broadcast pada iPad. Zoom boleh dijalankan di PC serta peranti pintar.
Akses percuma selama 40 minit yang memadai untuk mesyuarat yang singkat. Jika memerlukan masa yang lebih buat sahaja sesi baharu.
Cuba aplikasi Zoom

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.