Memiliki Apple Pencil? Ini app-app yang perlu anda cuba

Apple Pencil bukanlah stylus biasa. Ia merupakan satu alat lakaran khas yang dibangunkan Apple untuk kegunaan artis bagi menghasilkan karya seni lakaran digital.

Apple Pencil menggabung pelbagai teknologi penderia seperti pengesan kadar tekanan, orentasi sudut serta posisi menjadikan ianya satu alat kreatif yang tiada tandingannya.

Pada awalnya, Apple Pencil diperkenalkan pada September 2015 hanya untuk digunakan bersama iPad Pro yang baru dilancarkan. Sejurus acara khas pendidikan pada Mac tahun lalu, Apple mula menyasarkan kepada kegunaan di dalam kelas.

Apple mengumumkan sokongan Apple Pencil pada iPad asas serta hadir dengan kurikulum khas kreativiti untuk pendidikan. Mereka juga bersama Logitech memperkenalkan ‘Apple Pencil mampu milik’ iaitu Crayon dengan harga yang lebih murah.

Dengan kos kurang RM2,000, anda kini boleh mendapatkan sebuah iPad (model 2018) bersama sebatang Apple Pencil selain mempunyai pilihan lain pada harga yang lebih rendah.

Apple Pencil kini memasuki generasi kedua sempena pelancaran iPad Pro generasi ketiga serba baharu pada 2018. Namun, Apple Pencil generasi kedua hanya diaktifkan untuk iPad Pro generasi terbaru ini sahaja.

Apple dilihat masih lagi positif dengan penawaran Apple Pencil generasi pertama dengan memperluaskan sokongannya. Selain iPad (2018), sokongan juga diberikan kepada iPad Air (2019) dan iPad Mini (2019) yang dilancarkan pada Mac bulan lepas.

Apple Pencil generasi pertama kini ditawarkan pada harga RM419, manakala RM549 untuk generasi kedua. Logitech Crayon pula ditawarkan pada harga kurang RM300 untuk pasaran terpilih sahaja.

Adakah ianya cukup mahal? Setelah menggunakan iPad selama hampir dua tahun, saya sifatkan pembelian Apple Pencil sebagai sangat berbaloi dengan kualiti binaan serta ciri-ciri canggih yang ditawarkan.

Aplikasi lakaran terbaik untuk iPad

Apple Pencil berfungsi dengan cukup baik pada app-app natif daripada Apple seperti Notes, Keynote dan Pages. Ianya disokong oleh kebanyakan aplikasi pihak ketiga untuk seni lakaran, manipulasi grafik, CAD dan sebagainya.

Adobe mengumumkan yg mana Adobe Photoshop sebenar bakal dilancarkan pada peranti iPad Pro pada tahun ini. Ia menjadikan Apple Pencil sebagai satu alat yang amat berkuasa untuk pereka grafik tanpa lagi bergantung kepada alat tambahan seperti Wacom.

Jadi, jika anda memiliki Apple Pencil saya mencadangkan anda mencuba app-app dibawah yang merupakan antara app lakaran terbaik untuk digunakan bersama peranti iPad anda.

Sertai saluran Telegram cikgusiber.com untuk info dan berita mengenai teknologi dalam pendidikan.

Saluran Cikgu Siber (Telegram)

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.