12 app ini memangkin perkembangan pembelajaran anak anda – Bahagian 1

Penggunaan peranti pintar boleh memberi manfaat kepada perkembangan pembelajaran anak anda.

Terdapat ratusan ribu app yang ditawarkan di gedung-gedung app. Di App Store sahaja terdapat lebih 200,000 app untuk pendidikan.

Cabaran, interaktiviti serta kandungan yang disediakan dalam aplikasi yang dibangunkan dapat merangsang motor dan kognitif para pemainnya.

Terdapat app tertentu yang menerapkan pembelajaran skil tertentu seperti kemahiran penyelesaian masalah, membuat keputusan, kolaborasi, kreativiti dan sebagainya.

Jika sebelum ini, peranti pintar digunakan secara statik, kini dengan pengenalan pelbagai sensor serta teknologi Augmented Reality, pengguna perlu menggunakan lebih banyak otot.

Kali ini, saya senaraikan 12 app untuk anak-anak anda terokai untuk pengalaman pembelajaran terbaik.

1. Scratch Jr

Scratch yang dibangunkan di MIT merupakan satu aplikasi pembelajaran koding dan kreativiti paling popular.

Aplikasi ini turut digunakan dalam sulibus matapelajaran tertentu di sekolah-sekolah di Malaysia.

Scratch Jr merupakan satu versi Scratch dalam bentuk app yang disasarkan kepada pengguna kanak-kanak yang lebih muda.

Cadangan umur: 5-7 tahun

Muat turun: iOS, Android

2. Minecraft: Education Edition

Minecraft merupakan satu permainan pembinaan dunia dan penerokaan daripada Mojang AB dibawah Microsoft Studios.

Menerusinya anda boleh mereka bentuk dunia anda sendiri secara kreatif menggunakan pelbagai elemen yang disediakan.

Minecraft: Education Edition dilancarkan pada 1 November 2016. Ia merupakan satu variasi Minecraft yang direka bentuk untuk digunakan dalam pembelajaran bertemakan STEM di sekolah.

Cadangan umur: 8-12 tahun

Muat turun: iOS, Windows/macOS (desktop)

3. Swift Playgrounds

Swift Playgrounds daripada Apple ini hanya ditawarkan pada iPad sahaja. Ianya memberi fokus kepada pembelajaran koding dengan cara yang menyeronokkan.

App ini dibangunkan sebagai satu pelengkap kepada inisiatif kurikulum pembelajaran koding yang begitu komprehensif daripada Apple, iaitu Everyone Can Code.

Menariknya, app ini boleh dihubungkan dengan kit robotik seperti Lego dan juga permainan kawalan berpenderia.

Cadangan umur: 9-15 tahun

Muat turun: iOS (iPad sahaja)

4. Toonstastic 3D

Toonstastic 3D merupakan aplikasi kegemaran anak saya yang berumur 4 tahun di iPad.

Aplikasi daripada Google ini dapat merangsang kreativiti dengan membolehkan anak anda melakukan penceritaan (storytelling) menerusi pembikinan cerita animasi berwatak 3 dimensi.

Apa yang saya sukakan mengenai aplikasi ini adalah templat plot yang disediakan memudahkan pengguna menghasilkan penceritaan dengan pantas dan santai.

Cadangan umur: 4-9 tahun

Muat turun: iOS, Android

5. Khan Academy Kids

Nama Khan Academy dalam dunia akademik tidak perlu diperkenalkan lagi. Julai lepas mereka memperkenalkan satu inisiatif khas untuk pembelajaran kanak-kanak, Khan Academy Kids.

Mereka bekerjasama dengan pakar kanak-kanak dari Sekolah Pengajian Siswazah Pendidikan Stanford dan penulis buku kanak-kanak.

App pemenang puluhan anugerah ini dicipta oleh pasukan pemenang pelbagai anugerah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Cadangan umur: 3-5 tahun

Muat turun: iOS, Android, Amazon App

5. Tayasui Sketches School

App melakar lazimnya sesuai digunakan pada peranti dengan skrin yang besar seperti komputer tablet bersama pen stylus.

Aplikasi yang dibangunkan oleh Tayasui ini merupakan satu aplikasi melakar terbaik untuk anak anda terokai.

Sketches School merupakan satu versi Sketches yang ditawarkan dengan antaramuka yang lebih mesra pelajar. Buat masa ini aplikasi ini ditawarkan di App Store sahaja.

Cadangan umur: 6 tahun keatas

Muat turun: iOS

6. Youtube Kids

Kanak-kanak amat sukakan Youtube. Kadang-kadang dalam menerokai kandungan pembelajaran, mereka dihidangkan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lihat.

Menyedari hal ini, pihak Youtube memperkenalkan Youtube Kids sebagai salah satu cara selamat kanak-kanak menikmati platform popular ini.

Mereka juga mereka bentuk antara muka agar mesra kanak-kanak serta memudahkan akses kepada kandungan pembelajaran.

Cadangan umur: 3-8 tahun

Muat turun: iOS, Android

Nantinya bahagian seterusnya untuk mengetahui 6 lagi app atau aplikasi pembelajaran kanak kanak yang dapat merangsang perkembangan otak mereka.

Sumber grafik: Freepik

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.