Apple Group FaceTime di iOS 12 – mengapa sehingga 32?

Dalam acara WWDC18 minggu lalu, Apple mengumumkan iOS 12 yang bakal dilancarkan pada September ini akan membolehkan FaceTime berfungsi secara berkumpulan berbanding hanya 2 peserta (secara dua hala) sebelum ini.

Fungsi Group FaceTime ini menyokong sembang berkumpulan secara panggilan video sehingga 32 pengguna. Ianya cukup besar berbanding kebanyakan aplikasi yang serupa di pasaran.

FaceTime boleh digunakan pada kebanyakkan produk Apple seperti iPhone, iPad, iMac dan juga Macbook.

Mengapa sehingga 32 pengguna? Tentu ramai yang belum maklum yang mana Apple sedang menyediakan perkhidmatan terbaik untuk menyokong dunia pendidikan menerusi inisiatif Apple Education.

Dengan 32 peserta Apple memberi peluang kepada kesemua pelajar dalam sesebuah kelas mencuba aplikasi ini untuk tujuan pembelajaran. 32 dilihat sebagai satu jumlah yang maksimum yang ideal bagi menyokong saiz biasa sesebuah kelas.

Sudah tentu aplikasi ini akan memberi manfaat yang besar kepada institusi pendidikan. Jika anda memiliki peranti daripada Apple jangan lupa untuk mencubanya pada September kelak.

Kenali Apple FaceTime

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.