Everyone Can Create – inisiatif terbaru untuk pendidikan oleh Apple

Jika sebelum ini Apple hadir dengan program Everyone Can Code yang memberi fokus kepada pengaturcaraan, tahun ini pada Mac di acara khas pendidikan, mereka mengumumkan akan melancarkan Everyone Can Create.

Everyone Can Create merupakan satu program yang dirangka untuk guru dan pelajar memaksimakan penggunaan iPad secara kreatif. Ianya seiring dengan iPad generasi baharu yang menyokong Apple Pencil. Modul atau kokurikulum khas akan sedia dilancarkan pada tahun ini.

Semalam, di Apple Training, Kuala Lumpur saya menyertai satu bengkel untuk melihat sendiri beberapa tawaran oleh mereka. Bengkel separuh hari ini dijalankan secara hands-on menggunakan hampir semua aplikasi yang ditawarkan.

Apple menawarkan barisan aplikasi yang mampu dikuasai dengan pantas oleh pelajar untuk menghasilkan lakaran, video dan juga muzik.

Kepada pendidik, Apple menyediakan panduan khusus bagaimana barisan aplikasi seperti iMovie, GarageBand, Clips, barisan app iWork dan beberapa lagi app kreativiti dapat diaplikasikan ke dalam bilik darjah.

Kenali inisiatif Everyone Can Create

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.