MRSM Taiping & TKC diiktiraf sebagai ADS di Apple Leadership & Learning Summit 2017

Apple menganjurkan program Apple Leadership & Learning Summit 2017 yang berlangsung di Sunway Hotel Resort & Spa pada 3-4 Mei 2017.

Tujuan program adalah untuk mengetengah amalan terbaik pendidikan menerusi penggunakan teknologi disamping mempromosi tawaran teknologi dari Apple untuk pendidikan.

Acara khas dua hari ini menghimpunkan para pengetua SBP, pengetua MRSM serta pemimpin pendidikan untuk melihat sendiri bagaimana teknologi daripada Apple boleh diaplikasi dalam pembelajaran abad ke-21.

Sesi keynote menampilkan perkongsian daripada Paviter Singh mengenai pengalaman dan pemerhatiannya mengenai gaya pembelajaran pelajar kini. Seterusnya, acara diteruskan dengan  perkongsian pengalaman daripada salah seorang penerima Apple Distinguished Educator (ADE) dari MRSM Taiping.

Apple kemudiaannya menyampaikan pengiktirafan rasmi kepada 2 buah sekolah pertama Malaysia yang memperolehi status Apple Distinguished School (ADS). Untuk makluman, ADS merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada sekolah-sekolah yang menggunakan sepenuhnya teknologi Apple dalam persekitaran pendidikan mereka.

Dalam ucapan penghargaan, pengetua MRSM Taiping memaklumkan yang mana usaha untuk memperolehi status ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan peranan semua pihak termasuk PIBG dan Alumni untuk sama-sama mengembeling tenaga merealisasikan.

Manakala Pengetua TKC pula dalam ucapannya mengatakan status ini menunjukkan kepada masyarakat yang sekolah milik kerajaan pun mampu untuk mencapai status berkenaan. Ianya menjadi penanda aras yang harus diikuti oleh sekolah lain. Pencapaian ini sesuatu yang harus dibanggakan.

Seterusnya, sebuah band dari MRSM Taiping mempersembahkan beberapa lagu popular. Menariknya mereka tidak menggunakan intrumen muzik sebenar. Mereka hanya menggunakan aplikasi GarageBand menerusi iPad mereka. Sangat berbakat dan mengagumkan.

Tamat acara utama semua peserta bergerak ke beberapa sesi bengkel serta melawat gerai pameran yang disediakan.  Saya terlibat untuk sesi demontrasi di gerai pameran Everyone Can Code.  MCKK dan MRSM Kepala Batas mebentang perlaksanaan inisiatif tersebut yang dijalankan secara rintis sejak 2016.

Selain itu, saya juga terlibat sama dalam 4 sesi pembentangan untuk teknologi Apple Classroom. Apple Classroom merupakan satu aplikasi untuk mengawal kelas fizikal menggunakan peranti iPad.

Apple Leadership & Learning Summit 2017 memberi saya pengalaman yang tidak ternilai. Terima kasih kepada Apple Education atas peluang yang diberikan.

Akibat hampir 4 hari tidak menghidupkan engin, si putih merajuk di betul-betul stesen minyak, hadapannya nasib baik ada bengkel.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.