Apple mengemaskini Classroom, kini hadir dengan Classroom 2.0

Pada Mac 2016, pihak Apple menawarkan Apple Classroom dengan kemaskini iOS terkini. Apple Classroom merupakan satu tawaran yang menarik daripada Apple, ditawarkan secara percuma sebagai pelengkap kepada sokongan program Apple Education.

Namun, Apple Classroom yang dilancarkan pada mulanya hadir dengan sedikit isu teknikal. Antaranya ialah, ianya memerlukan sokongan perisian Mobile Device Management (MDM) dari pihak ketiga untuk kelancaran operasi.

Ini bermakna, sekolah yang ingin menggunakan Apple Classroom perlulah melakukan setup perisian MDM terlebih dahulu. Penyelaras ICT akan mempunyai tugasan tambahan yang memerlukan beliau belajar kemahiran baharu.

Menyedari kekangan yang wujud, Apple seterusnya mengemaskini Classroom dengan pengenalan Classroom 2.0. Dalam versi ini guru boleh mencipta kelas mereka sendiri tanpa memerlukan penyelaras IT untuk menciptanya untuk anda di MDM.

Classroom 2.0 tidak perlu dipasang pada peranti pelajar, cukup pada peranti guru. Untuk mencuba fungsi manual ini, pelajar dan guru haruslah dipaut dalam rangkaian Access Point (AP) yang sama. Tiada akses kepada Internet diperlukan.

Bluetooth seterusnya akan mengesan peranti yang berada dalam lingkungan bilik tersebut untuk dihubungkan. Pelajar seterusnya akan memasukkan kod pada setting bar  Classroom yang muncul untuk menyertai kelas.

Guru juga boleh mencipta kelas secara ‘ad-hoc’. Bermaksud, selepas sahaja kelas tamat, guru boleh membubarkan sesi kelas tersebut di Classroom.

Selain itu perkongsian fail / dokumen juga dipermudahkan dengan fungsi canggih AirDrop. Ianya memaparkan fungsi sepertimana AirDrop biasa. Ciri ini amat menarik dan cukup pantas.

Turut hadir dalam versi 2.0 adalah kawalan untuk ‘mendiamkan’ peranti pelajar hanya dengan satu tap. Interaktiviti dengan Apple TV juga diberi kemaskini agar lebih mudah.

Kehadiran Apple Classroom 2.0 ini amat praktikal dan usaha membantu para guru untuk menguruskan kawalan kelas dengan lebih pantas.

Kami akan menganjurkan satu bengkel khas pada 16 September 2017 mengenai penggunaan teknologi ini disamping belajar bagaimana iPad boleh dimanfaatkan dalam PdPc abad ke-21.

Kepada yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran yang akan disiarkan nanti.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.