Apple begitu serius dalam pembangunan modul pengaturcaraan untuk pendidikan. Oleh itu, mereka mengumumkan satu kurikulum baharu bersama pelancaran app Swift Playgrounds semasa acara Apple WWDC pada tahun 2016.
Saya juga pernah menjalankan projek rintis penggunaan modul ini serta menjalankan latihan di beberapa buah sekolah yang menjalankan program untuk memperolehi status Apple Distinguished School (ADS). Maklum balas yang diperolehi amat memberangsangkan.
Manariknya modul Apple ini, mereka memperkenalkan konsep pengaturcaraan dengan kaedah pembelajaran yang santai serta aktiviti yang menghiburkan. Untuk itu, iPad diperlukan untuk pelajar menggunakan app Swift Playgrounds.
Saya pernah menemui sendiri pasukan yang membangunkan Swift Playgorunds sewaktu di Autralia. Mereka sentiasa mendengar pandangan daripada para guru untuk sentiasa menambah baik inisiatif ini. Sejak 2016, Apple beberapa kali mengemaskini tawaran mereka dengan sumber-sumber pembelajaran yang mereka bangunkan.
Hari ini, Apple sekali lagi mengumumkan satu modul baharu untuk menjadikan pembelajaran asas Sains Komputer lebih menyeronokkan. Kali ini, fokus terus diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan juga menengah.
Disamping modul untuk pelajar,Apple juga menyediakan lebih banyak sumber dan panduan untuk guru. Kurikulum yang dikemas kini ini bertujuan untuk membuat aktiviti pengekodan lebih mudah difahami dengan menawarkan aktiviti yang lebih rapat berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar.
Ia juga termasuk panduan baru untuk Swift Playgrounds yang dipanggil Everyone Can Code Puzzles, di mana pelajar boleh bereksperimen dengan konsep dan menerapkan pemahaman mereka dalam lebih dari 40 jam aktiviti.
We’re excited to announce new #EveryoneCanCode resources that make teaching #Swift code more fun and approachable than ever!
— Apple Education (@AppleEDU) November 20, 2019
Introduce your students to coding through interactive puzzles, playful characters, and fun activities in #SwiftPlaygrounds! Explore the new #EveryoneCanCode Puzzles Teacher Guide to help learners build problem solving and critical thinking skills.
— Apple Education (@AppleEDU) November 21, 2019
#EveryoneCanCode Puzzles is an all-new student guide to #SwiftPlaygrounds that helps students experiment with #Swift code, apply their understanding, and creatively communicate how coding impacts their lives.
— Apple Education (@AppleEDU) November 20, 2019
Sumber: Apple Newsroom
Comments have been closed/disabled for this content.