Bagaimana mendapatkan harga istimewa (diskaun pelajar) untuk Apple Music

Muzik merupakan satu terapi berkesan untuk mengurangkan tekanan kerja.

Industri muzik dunia telah berubah yang mana tiada lagi jualan album secara fizikal. Internet yang semakin mampu milik membolehkan pengstriman lagu dilakukan dimana-mana sahaja.

Apple Music daripada Apple pada Mei lalu telah mengumumkan yang mana mereka telah mempunyai 50 juta pelanggan. Perkhidmatan pengstriman muzik kedua terbesar selepas Spotify ini boleh diakses menerusi peranti iOS dan juga Android.

Pada Februari lalu, Apple telah menawarkan satu pelan Apple Music khusus untuk pelajar pada harga RM6.90 sebulan berbanding harga biasa RM14.90.

Ramai pendidik yang sedang dalam program pengajian lanjutan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Terdapat juga ramai pelajar kursus perguruan di IPG dan IPT  yang sedang menuntut ilmu sebelum bergalas cabaran sebagai seorang pendidik.

Untuk mendapatkan tawaran menarik ini, anda melakukan pengesahan menerusi platform ganjaran diskaun pelajar UNiDAYS. Pastikan anda mengingati alamat emel dan kata laluan rasmi emel pelajar anda.

Jika anda bergelar seorang pelajar, berikut merupakan cara untuk anda mendapatkan diskaun khas untuk anda.

1. Buka app Apple Music, pilih ‘Choose Your Plan’
2. Jika paparan anda berbeza sepertimana imej di atas, sila pilih tab ‘For You’
2.1 Seterusnya pilih ‘Choose Your Plan’
3. Pilih ‘University Student’ dan tekan ‘Verify Eligibility’
4. Masukan alamat emel rasmi pelajar dan nama institusi anda. Jika nama tiada bermakna institusi anda tidak menyertai UNiDAYS
5. Satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat email yang dimasukkan tadi. Jika tidak menerima emel balas, anda boleh emelkan satu emel pengesahan ke alamat yang diberikan.
6. Semak peti mel anda, anda sepatutnya menerima emel seperti ini daripada UNiDAYS
7. Sahkan status anda dengan tekan pada SAHKAN STATUS PELAJAR
8. Mesej berikut akan dipaparkan tanda pengesahan berjaya. Kemudian tekan TERUSKAN
9. Seterusnya tekan ‘Open’ untuk ke app Apple Music
10. Pilih ‘Start Student Membership’ untuk mulakan langganan
11. Masukkan kata laluan atau sahkan dengan Touch ID jika anda ingin teruskan proses langganan
12. Seterusnya anda perlu ‘setup’ akaun anda dan pilih ‘Next’
13. Akhirnya, langganan selesai. Nikmati muzik kegemaran anda sekarang!

Yuran bulanan akan dicas menerusi akaun debit/kredit anda ataupun dicas terus menerusi bil telco (bergantung kepada tetapan maklumat dan pilihan kaedah pembayaran anda).

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.