6 saluran Youtube menarik untuk belajar inovasi dan kreativiti menerusi Arduino

Saya difahamkan dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT) Tingkatan 2, papan kawalan mikro Arduino digunakan sebagai salah satu alat untuk pembelajaran.

Di banggood.com Arduino UNO dijual pada harga USD3.99 (RM15.62). Termasuk beberapa kit aksesori tambahan, ianya mungkin boleh mencecah sehingga RM30.00, bergantung kepada projek yang ingin dihasilkan.

Saya bersama pelajar menggunakan salah satu modul Arduino yang dipertingkat untuk sebuah projek Internet of Things (IoT) bertemakan alam sekitar.

Prototaip pemenang beberapa anugerah emas kebangsaan dan antarabangsa ini telah mendapat status Patern Pending yang sekarang disiarkan di laman paten dunia. 

Harga Arduino yang rendah serta bahan rujukan pembelajaran yang kaya membolehkan kami menghasilkan idea yang inovatif.

6 sumber pembelajaran Arduino untuk RBT dan inovasi

Aplikasi pengstriman video popular Youtube sentiasa menjadi pilihan untuk penerbitan kandungan pembelajaran secara percuma.

Berikut saya senaraikan beberapa laman menarik sebagai rujukan anda.

1. Arduino (Official)

Laman rasmi Arduino ini memaparkan pelbagai idea serta sorotan peristiwa yang mereka anjurkan untuk mempromosi penggunaan Arduino untuk kreativiti.

Ikuti saluran Arduino

2. Mert Arduino and Tec

Mert Arduino dan Tec bukan setakat Arduino sahaja. Ianya menyediakan pelbagai tutorial modul lain berkenaaan robotik dan juga IoT.

Ikuti saluran Mert Arduino dan Tec

3. Arduino Android IoT

Arduino Android IoT berkongsi mengenai penghasilan pelbagai projek IoT dan automasi menerusi pengantara Android untuk kawalan.

Ikuti saluran Arduino Android IoT

4. Arduino Project Genius

Pelbagai tutorial mudah dan menarik ditawarkan di Arduino Projek Genius. Satu saluran yang mesti anda ikuti.

Ikuti saluran Arduino Projek Genius 

5. Easy Arduino Projects

Easy Arduino Projects merupakan satu saluran yang memaparkan pelbagai projek yang kreatif.

Ikuti saluran Easy Arduino Projects

6. Ralph S Bacon

Pakar elektronik Ralps S Bacon begitu aktif berkongsi projek Arduino untuk anda. Memaparkan pelbagai idea unik.

Ikuti saluran Ralps S Bacon

Apakah saluran kegemaran anda di Youtube untuk belajar Arduino? Kongsikan pada ruang komen dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.