ATC 🇲🇾 Meetup 2021 – dari 5 kepada 5,000 keahlian kini

ATC 🇲🇾 merujuk kepada Malaysia ‘Apple Teacher Community’, iaitu komuniti pengguna produk dan perkhidmatan Apple untuk pendidikan terbesar di Malaysia.

Baru-baru ini dalam acara global Apple Festival Learning, ATC diberi ruang untuk menganjurkan satu program meetup secara dalam talian. Program ini dianjurkan seiring dengan puluhan lagi aktiviti seperti sesi perkongsian dan bengkel.

Antara fokus program ATC 🇲🇾 Meetup 2021 adalah untuk berkongsi kisah bagaimana ATC bermula serta bagaimana semangat dalam komuniti ATC mengubah seseorang guru menjadi lebih baik.

Saya akui agak sibuk untuk mengendalikan program tersebut, begitu juga rakan saya, Syukri Sulaiman. Dalam keterbatasan, kami merancang juga program ini seringkas mungkin. Terima kasih kepada lebih 80 peserta yang menyertai.

Penghargaan kepada Cikgu Herryan Shah (Coach Herry) yang sangat humble, Cikgu Dilla Sabbar, Cikgu Zoul, Cikgu El Gamillo, Cikgu Kay, Ustaz Syakir serta Cikgu Nurun Najwa kerana bersama berkongsi kisah perjalanan masing-masing.

Inshaallah semoga komuniti ini yang pada awalnya bermula dengan 5 keahlian pada 2018 dan kini telah mencapai lebih 5,000 pada 2021 terus berkembang Jom saksikan perkongsian hebat mereka.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.