Aurasma kini dikenali sebagai HP Reveal

Teknologi augmented reality (AR) Aurasma pertama kali didemontrasi oleh Matt Mills pada awal 2011 di MipTV Media Market di Cannes, Perancis.

Syarikat yang membangunkan Aurasma serta pelbagai inovasi perisian ini akhirnya diambilalih pegangannya oleh Hewlett-Packet (HP) pada 3 Oktober 2011 dengan nilai USD11.7 billion.

Dengan perkembangan pantas era peranti pintar, Aurasma seterusnya digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan.

Hari ini bahagian operasi HP yang menguruskan Aurasma, HP Aurasma mengumumkan nama bagi aplikasi ini telah di tukar kepada HP Reveal.

Tidak memaklumkan punca kepada tindakan ini, mereka menegaskan segala kandungan dan maklumat akaun adalah sama dan masih kekal.

Dengan pengumuman ini, mereka menawarkan versi 6.0 untuk iOS dan versi 3.6 untuk Android dengan beberapa ciri-ciri tambahan.

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.