Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Jika anda …

Pada tahun lepas, Google Inc. dan KPM telah berkerjasama menganjurkan Education on Air Malaysia, satu sesi pembelajaran atas talian menerusi siaran video dengan beberapa ciri interaktif, khas untuk para pendidik di Malaysia. Ianya diusahakan setelah pihak Google berjaya menganjurkan Education on Air untuk pertama kalinya pada peringkat global pada tahun yang sama. Dengan tema ‘It …

Pada penghujung 2015 di Seminar 3i – Google For Education, saya menemui saudara Andrew, pengasas bersama bagi 100% Project. Itu kali kedua saya menemui beliau pada tahun yang sama. Kami sempat berborak panjang. Beliau berkongsi aspirasi serta perancangan projek yang sedang dijalankan. Beliau dan rakan-rakan pada tahun tersebut sibuk mempromosikan jenama mereka menerusi ruang pameran …

Tahun ini saya mula mempelkenalkan Kangaroo Math Competition (KMC) kepada para pelajar sebagai satu usaha mempromosikan STEM. Saya menjemput pasukan KMC untuk sesi road tour bagi tujuan ‘menghasut’ mereka. Hasilnya 38 pelajar menunjukkan minat dan seterusnya mendaftar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Rasional pertandingan ini diperkenalkan kepada mereka adalah untuk memberi peluang kepada pelajar …

Dalam mendepani industri 4.0 banyak jenama besar digital sudah mula menjalankan inisiatif pembelajaran ‘coding’. Ianya berkisar kepada kepercayaan apabila kita belajar ‘coding’ sebenarnya kita belajar cara untuk berfikir. Banyak sudah kajian menunjukkan apabila kita mahir dalam ‘coding’ dan pemikiran komputasional, kita sebenarnya sudah menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Dalam bengkel yang dihadiri hari ini, Apple …

Pada 30 November 2016 berlangsungnya satu acara perkongsian pendidikan abad ke-21 oleh Frogasia dan YTL Foundation di Marriot Hotel, Kuala Lumpur. Acara ini mengumpul para pendidik dari seluruh negara untuk memberi mereka inspirasi mengenai kaedah pendidikan terkini dalam kelas abad ke-21. Mereka juga membawa beberapa tokoh untuk berkongsi pengalaman mereka. Saya berkesempatan menyertai program ini …

Hari ini saya menyertai satu seminar mengenai STEM dan aplikasinya dalam kelas abad ke-21. Program anjuran syarikat solusi pendidikan, Eduspec ini disertai oleh beberapa sekolah swasta dan SBP atas jemputan. Saya bersama Cikgu Nik, seorang cikgu Sains (Fizik) juga dari sekolah teman. Akibat tiada pengangkutan sekolah pada hari tersebut, kami memilih untuk bergerak dengan bas …

Google Science Fair merupakan sebuah pertandingan sains dalam talian yang terbuka kepada pelajar seluruh dunia (peringkat antarabangsa) antara umur 13 sehingga 18 tahun. Ianya menawarkan hadiah yang amat lumayan iaitu tajaan biasiswa bernilai USD50,000 sebagai hadiah utama daripada Google serta penaja khas. Penerima Outstanding Cambridge Learner Award 2015 yang berasal dari Seremban ini mempetaruhkan satu projek dalam bidang …

Pihak Frogasia telah membuka pendaftaran awal kepada para pendidik untuk menyertai Leaps of Knowledge 2016 dengan yuran hanya RM30 sahaja. ianya akan berlangsung pada 30 November 2016 di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur  bermula jam 8:30am – 5.00pm. Tempoh pendaftaran awal adalah dari 10 sehingga 30 September 2016. EARLY BIRD REGISTRATION Mengenai Leaps of Knowledge atau disebut …

Malaysia Computing Challenge 2016 (MCC 2016) anjuran Malaysian Informatics and Programming Society (MIPS) merupakan salah satu cabaran terbuka peringkat kebangsaan yang melayakkan peserta ke peringkat seterusnya. Ia bermula dengan Malaysian Computing Olympiad (MCO), Asia Pacific Informatics Olympiad (APIO) sehinggalah cabaran kemuncak International Olympiad in Informatics (IOI) yang akan diadakan di Tehran, Iran pada 28 Julai – …