Google Street View merupakan projek terbesar Google untuk memberi pengalaman kepada pengguna melihat imej persekitaran jalan utama secara 360 darjah diintergrasikan bersama Google Maps. Di Malaysia, ianya meliputi hampir semua jalan utama negara. Jika anda rindukan kampung halaman dan tidak sempat untuk pulang, Street View mungkin boleh mengubat rindu anda. ? Google Street View mejangkau misi …

Study Hub Asia Sdn. Bhd dan AICT College mengajak anda menyertai pertandingan #MYSEKOLAH, sebuah pertandingan produksi video pendek untuk para pelajar sekolah di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati di http://www.mysekolah.org. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 Julai 2017 13 Ogos 2017.

Penyertaan ke dalam program hackathon e-ICON World Contest di Gyeongju, Korea Selatan pada Julai 2016 memberi pengalaman yang sangat berharga. Ianya merupakan pengalaman pertama saya selaku guru pembimbing inovasi digital di pentas antarabangsa di MCKK. Malaysia diwakili oleh 3 buah sekolah yang dipilih dan disaring kelayakkannya oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Alhamdulillah setelah selesai …

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar robot dan automasi perisian akan mengantikan tugasan manusia dalam pelbagai industri. Namun, bidang apakah yang bakal digantikan oleh mereka? Laman web ciptaan Dimitar Raykov dan Mubashar Iqbal ini akan menganalisis peratusan kebarangkalian kerja impian anda sama ada bakal ‘dirampas’ oleh robot kelak. Will Robots Take My Job  

SOALAN LAZIM (DARIPADA FROGASIA) Layari http://frogplay.my untuk pendaftaran dan  maklumat lanjut. + APAKAH FROGPLAY CHAMPIONSHIP? Kami ingin menggalakkan pembelajaran kendiri melalui penggunaan FrogPlay di kalangan sekolah yang mempunyai akses kepada aplikasi ulangkaji ini. Sebagai permulaan kepada pengalaman FrogPlay yang menarik dan penuh makna, kami mengadakan sebuah pertandingan peringkat kebangsaan dari 11hb Jun-11hb Ogos. + APAKAH …

Apple Pencil dicipta bersama pelancaran iPad Pro, versi iPad yang dipertingkatkan untuk prestasi dan kreativiti. Apple Pencil mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mengesan kadar tekanan, orentasi dan sudut ketika melakar untuk melakukan ‘shading’. Namun, Apple Pencil hanya menyokong iPad Pro sahaja. Pengguna iPad dan iPhone terpaksa memilih active stylus dari pelbagai jenama untuk menghasilkan karya …

Slack dibangunkan untuk membantu sesebuah pasukan untuk lebih produktif dan sistematik dengan paparan yang mudah. Ianya hadir dengan dengan pelbagai elemen canggih untuk menguruskan segala fail, sumber, perkongsian, perbincangan dan sebagainya. Selain itu, dengan Slack anda tidak perlu lagi memeriksa peti email ataupun terganggu dengan kumpulan sembang yang lain (jika anda menggunakan laman sembang popular). …

Bertempat di Shanghai, Microsoft melancarkan Surface Pro baharu. Ini berupakan generasi kelima Surface Pro dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan. Kali ini hanya nama Surface Pro (tanpa nombor) diperkenalkan. Tentunya Microsoft memilih cip pemprosesan Intel generasi ke-7 (Kaby Lake) yang memberi kelebihan kepada penjimatan tenaga. Microsoft mendakwa Surface Pro mempunyai kemampuan bertahan selama 13.5 jam. Surface Pen …