Bagaimana melanggan Office 365 secara percuma untuk guru

Para jurulatih utama dari PKG Pengerang Kota Tinggi berkongsikan cara bagaimana untuk mendaftar langganan percuma aplikasi Office 365 daripada Microsoft menggunakan Yes ID yang dibekalkan untuk projek 1BestariNet.

Office 365 merupakan satu pakej langganan bulanan atau tahunan beberapa aplikasi pejabat terkenal Microsoft seperti Word, Excel dan Powerpoint disertakan intergrasi simpanan secara cloud serta beberapa aplikasi tambahan yang menarik.

Anggaran harga pakej ini adalah sekitar RM200 setahun diberikan secara percuma kepada para pendidik Malaysia sebagai penghargaan kepada usaha mereka dalam dunia pendidikan. Slaid berikut menunjukkan cara mendaftar Office 365. Selamat mencuba.

 

Anda juga boleh merujuk panduan yang disediakan dalam video berikut.

Tawaran ini sah tertakluk kepada terma dan syarat oleh Microsof Malaysia. Yes ID merupakan akaun email yang diiktiraf sebagai akaun rasmi para pendidik yang membuktikan anda merupakan sebagian daripada staf KPM.

Tunggu apa lagi, klik sini dan nikmati ganjaran anda sekarang.

Rujukan: InternetEverywhere, Microsoft Office Online.  Kredit kepada: PKG Pengerang, Kota Tinggi, Johor

 

 

 

Komen

komen

4 responses to “Bagaimana melanggan Office 365 secara percuma untuk guru

Comments have been closed/disabled for this content.