Bagaimana menggunakan lembaran ‘Everyone Can Create Design Workbook’?

Salah satu set kemahiran yang ingin dicapai dalam pembelajaran abad ke-21 adalah kreativiti. Kreativiti atau dalam bahasa Inggeris, Creativity berasal daripada perkataan dasar ‘Create’ iaitu mencipta. Untuk mencapai tahap kebolehan ‘mencipta’, pelajar perlu melalui pelbagai proses awal seperti memahami konsep serta kebolehan menganalisis.

Salah satu aktiviti untuk mengalakkan kreativiti di kelas adalah dengan pelajar menghasilkan atau membangunkan sesuatu reka bentuk prototaip produk, solusi, karya atau kaedah-kaedah baharu. Mereka bentuk (design) merujuk kepada satu proses seseorang mencipta menerusi proses asas seperti meneroka, merancang, membina dan menilai.

Tak kiralah anda guru bahasa, aktiviti mereka bentuk sebenarnya boleh dilaksanakan. Aktiviti ini juga akan lebih menarik jika guru menerapkan elemen STEM mahupun STEAM. Sebagai contoh, walaupun dalam subjek Matematik, guru boleh merangka aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan konsep dari subjek lain seperti Fizik dan sebagainya.

Menyedari kepentingan proses dokumentasi dalam proses mereka bentuk, Apple menerbitkan satu lembaran kerja sebagai sokongan dan pelengkap kepada modul Everyone Can Create yang mereka bangunkan. Lembaran ini dikenali sebagai Everyone Can Create Design Workbook. 

Bagaimana untuk menggunakan ‘Everyone Can Create Design Workbook’?

Lembaran ini mengandungi templat yang direka bentuk untuk pelajar merancang draf, menerangkan hasilan serta memandu pelajar untuk membawa idea kreatif mereka untuk ke tahap seterusnya. Apple menerbitkan lembaran ini untuk digunakan pada aplikasi Pages pada iPad. Namun, jika anda menggunakan peranti lain, ada masih boleh membukanya menerusi aplikasi pemprosesan kata seperti MS Word.

Amalan sebelum ini, dalam sesuatu aktiviti berasaskan projek, guru akan meminta pelajar menyediakan dokumentasi daripada proses lakaran idea sehinggalah refleksi menggunakan format standard. Saya mengambil contoh dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT). Dalam subjek ini lazimnya dalam setahun, pelajar perlu menyiapkan 3-4 projek yang berbeza.

Templat disediakan untuk memudahkan pelajar mendokumentasi proses reka bentuk.
Panduan disediakan sebagai rujukan dan inspirasi.

Dengan menggunakan Everyone Can Create Design Workbook ini, pelajar dapat menyediakan dokumentasi dengan lebih menarik dengan pelbagai elemen multimedia seperti gambar, video dan rakaman suara. Pelajar juga boleh menambah halaman mereka sendiri mengikut keperluan projek yang mereka usahakan.

Jika pelajar menggunakan iPad, mereka juga dengan mudah melampirkan lakaran idea atau hasil kerja yang dihasilkan menggunakan app-app untuk kreativiti. Menariknya, lembaran ini boleh diterbitkan dalam format ePub untuk dipaparkan menerusi aplikasi Apple Books dan sebagainya.

Selain itu, guru juga boleh menyunting lembaran ini untuk disesuaikan dengan subjek yang diajar mengikut objektif pembelajaran yang diharapkan. Lembaran ini saya anggap sebagai satu ‘kreativiti dalam kreativiti’ yang mana dalam proses pelajar mereka bentuk sesuatu projek, pada masa yang sama bukti proses dipaparan dengan cara yang kreatif juga.

Rubik disediakan sebagai panduan asas pencapaian dalam proses reka bentuk

Muat turun lembaran

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.