Bagaimana untuk melakukan tetapan minat pada akaun TED?

TED merupakan saluran kegemaran saya untuk melihat ‘sesuatu yang baharu’ sebagai sumber inspirasi.

Perkongsian menerusi rakaman video dalam acara khas TED Talks telah membuka mata banyak pihak dengan idea serta isu yang diketengahkan.

TED pada Julai lepas mengumumkan satu lagi fungsi baharu untuk memberi pengalaman yang lebih baik melayari laman web TED.

Kini, pengguna boleh menetapkan minat anda secara personal untuk TED mencadangkan apa kandungan yang selari dengan minat anda.

Di bawah merupakan cara untuk melakukan tetapan pada laman TED.

1. Klik https://www.ted.com/recommends#/

2. Pilih minat anda dan tekan ‘Next’.

3. Pilih tujuan anda melayari TED, seterusnya tekan ‘Get your recomendation’

4. Anda dikehendaki mendaftar. Saya memilih mengintegrasikan akaun TED dengan akaun Facebook kerana ianya lebih mudah. 

5. Selesai. TED akan mencadangkan tajuk yang menepati selera anda.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.