Sertai Beaver Computational Thinking Competition 2018

Pemikiran Komputasional (Computational Thinking) diajar kepada pelajar sekolah menengah mulai tingkatan 1 dalam subjek Asas Sains Komputer (ASK). Di Sekolah rendah pula ia juga diterapkan secara tidak langsung menerusi modul TMK.

Pemikiran Komputasional adalah satu proses berfikir menggunakan kaedah penyelesaian masalah dalam ilmu sains komputer. Ia merupakan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan sebagai persediaan pelajar menempuhi revolusi industri 4.0.

Pihak Beaver Informatics Malaysia menjemput anda menyertai The Beaver Computational Thinking Competition 2018 (Beaver 2018). Pertandingan yang juga dikenali sebagai Bebras Challenge ini dijalankan di seluruh dunia dengan lebih 50 negara menyertai.

Untuk menyertai Beaver 2018, pendaftaran perlu dilakukan secara berkelompok. Pihak sekolah perlu melantik seorang guru penyelaras untuk melakukan pendaftaran untuk sekolah.

Seterusnya guru tersebut akan melakukan promosi dalaman, pendaftaran pelajar, proses pembayaran, mengurus pertandingan serta mengiring pelajar ke majlis penyampaian anugerah nanti.

RM33.00* akan dikenakan sebagai yuran penyertaan. Lima kategori diperkenalkan melibatkan perserta yang juga pelajar pelajar dari darjah 1 sehingga tingkatan 6.

Separuh daripada penyertaan (50%) akan diiktiraf dengan gold medal. silver medal, bronze medal dan honourable mention. Manakala  separuh lagi akan menerima sijil penyertaan.

Tiada tarikh tutup penyertaan diumumkan, namun melihat kepada garis masa tahun lepas, tarikh tutup penyertaan dijangka pada 1 April 2018.

Pertandingan Beaver 2018 akan diadakan di sekolah anda pada 17-18 April 2018.

Laman web rasmi Beaver

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.