Belajar asas drawing bersama Dr. Ruzaimi di Freedrawinglesson

Dr Ruzaimi banyak berkongsi teknik dan kaedah lakaran melalui blog beliau di http://freedrawinglesson.blogspot.my. Disini lebih 800 video dikongsikan untuk anda belajar menajamkan kemahiran anda dalam senilukis.

Freedrawinglesson diasaskan oleh  Dr. Ruzaimi Mat Rani, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Kreatif Multimedia) dari Universiti Multimedia (MMU), dan Ijazah Sarjana Senibina Landskap dari Edinburgh College of Art (ECA), Universiti Heriot-Watt.

Beliau terlibat secara aktif dalam menjayakan bengkel-bengkel berkaitan komunikasi visual, kreativiti dan inovasi dalam organisasi dan bengkel melakar secara kreatif.

Difahamkan beliau dalam proses mebangunkan Drawzania.com sebagai satu platform pembelajaran seni lakaran dengan pelbagai ciri-ciri menarik dan yang pastinya ianya bukan lagi ‘FREE’ drawinglesson.

KE BLOG FREEDRAWINGLESSON

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.