Belajar asas pengaturcaraan Python di SoloLearn

Python merupakan antara bahasa pengaturcaraan popular dunia selain Java dan C. Jika C diibarat sebagai seorang lelaki dewasa berumur 45 tahun, Python pula diibaratkan pemuda yang berusia 26 tahun.

Ianya diperkenalkan pada 20 Februari 1991 oleh Python Software Foundation dan direkabentuk oleh Guido van Rossom, seorang pengaturcara berketurunan Belanda bersama pasukannya.

Ianya menjadi pilihan kerana kemampuannya untuk ‘berlari’ merentasi pelbagai platform serta sangat dinamik menjadikannya pilihan ramai. Untuk makluman, versi terkini bagi Python adalah Python 3.

Pada tahun hadapan, Python menjadi pilihan untuk bab Coding dalam matapelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 2. Sepertimana yang diketahui, agenda baru negara ini memerlukan guru memperkasakan kemahiran mereka dari masa ke semasa.

Terdapat begitu banyak saluran pembelajaran pengaturcaraan di pasaran. Antara yang saya sempat cuba adalah SoloLearn. Tahun lepas sahaja saya mempelajari 3 bahasa pengaturcaraan menerusi app SoloLearn pada telefon pintar.

Apa yang saya gemari pada aplikasi ini adalah sokongan komunitinya. Menerusi fungsi komen pada setiap halaman pembelajaran, saya mendapat pemahaman tambahan mengenai bab yang dipelajari.

Saya cadangankan anda jalankan projek Python anda sendiri setelah 60% pembelajaran di SoloLearn. Amalan ini amat efektif dan berkesan bagi saya, dan mungkin juga anda. Sijil akan diberikan setelah anda tamat modul yang dibekalkan.

SoloLearn menawarkan 12 kursus pembelajaran secara berasingan. Bermakna anda hanya perlu memuat turun app dengan kursus bahasa pengaturcaraan yang anda kehendaki sahaja. Ianya juga ditawar menerusi aplikasi web. SoloLearn diberi rating 4.8/5 di Play Store.

Belajar pengaturcaraan di SoloLearn

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.