Saya mengenali Cikgu Hazrat dengan lebih rapat sewaktu di Apple Swift App Development & Swift Playgroundbook Training di Apple Singapore pada 2017.
Kami mempunyai banyak persamaan dari segi visi dan cara berfikir 😎. Petang tadi kami menghabiskan masa di restoran terkenal Tok Long berbincang pelbagai perkara.

Catatan – Bengkel Apple Swift App Development & Swift Playgroundbook @ Apple SG
Saya berpindah ke Kepala Batas pun sebab tertarik dengan perkembangan bandar ini sewaktu berkunjung ke MRSM Kepala Batas.
Sempena cuti sekolah ini, Cikgu Hazrat sudi untuk belanja para pengunjung blog beliau di e-Learning EDUÂ dengan 3 catatan terkini mengenai bagaimana cara untuk membina Bot Telegram,
Cikgu Hazrat merupakan guru saya untuk membina Bot pada 3 bulan yang lalu. Sejujurnya, ianya sangat mudah dan boleh dikuasai oleh semua tanpa kemahiran yang tinggi.
Perkongsian ini diharap memberi idea kepada semua bagaimana teknologi ini dapat memangkin inovasi dalam pendidikan.
Bangunkan Telegram Bot Anda Sendiri – Bahagian 1
Bangunkan Telegram Bot Anda Sendiri – Bahagian 2
Bangunkan Telegram Bot Anda Sendiri – Bahagian 3
Kenali Telegram Bot
Comments have been closed/disabled for this content.